Friday 27 June 2008

Nyanyian angin

Jiwa raga terpaksa kuserahkan
kepada asap, wap dan kabus
Yang ku kumpulkan dengan suatu tenaga akhir
Dengarkanlah nyanyian sepi ini
Kerana mentari terlampau cemburu
Dengan kehadiranku

Hidup ini akhirnya berhajatkan perpisahan
Kerana kekeidlanmu sebagai insan
Balada demi balada kau pun tahu
Seorang anak muda yang benar-benar jujur
Sering dipersendakan umur
Kasih sayang orang tua yang tetap tidak
luntur
Kekandang memperagakan mereka sebagai
diktator
Jika kau merasakan hidup ini seperti ulat
yang rindukan kebebasan
Ingatlah sayap kekupumu telah patah
disaat kau menerima secara sukarela
kelembutan sutera

Jika awan terlampau berat
untuk bumbung rumahnmu
Panggilah angin, serulah bumi,
nanti kau akan rasakan
kemanisan hidup menabur budi
Tapi ingatlah tanah yang kontang
kekadang lebih elok dibiarkan kontang
kerana sini juga membutuhkan keadailan

Berbicalah, jangan mendakwa
kerana nilaimu masih di neraca
kerana hidup adalah kemewahan pemberian
Bertelitilah dalam sedekahmu
tapi kau harus berani mencabar
walaupun itu bermakna kau harus membakar
secebis surat cinta
kerana Tuhan lebih dekat
dari urat batang lehermu

Aku datang kepadamu
Dari suatu perjalanan berdebu
Dimana senyuman terpaksa ku kumpulkan
Dari asap, wap dan kabus
dengarkanlah nyanyian sepi ini seketika
kerana aku terlampau cemburu
akan ketibaan senja

~dipetik dalam novel memeluk gerhana-isa
kamar i~

Monday 23 June 2008

aku ingat lagi..

aku ingat lagi..
dulu rumah kita takde api(letrik),
malam2 kena pakai lilin,
nak g tandas sorg2 pun takut,
kene ada org temankan,
abah beli pelita minyak tanah,
letak kat meja makan,
kami adik beradik study ramai2 keliling lampu tu.
aku baru pandai membaca..

aku ingat lagi..
dulu rumah kita takde air,
toilet ada, tapi air takde.
abah korek perigi blkg rumah,
tutup tempat mandi dgn zink,
nak mandi kene pam dulu air bwh tanah,
satu hari abg tan kurung aku dalam bilik air tu,
aku tolak kuat2, zink kena kaki dia,
kene g hospital jahit..

aku ingat lagi..
rumah sebelah dulu kosong,
makcik taharah tak pindah lagi,
selalu main masak2 kat dlm rumah dia,
bli telur, bli megi, masak guna kayu n daun2 yg kami kutip,
satu hari aku nak main msk2 lagi,
panjat la pagar rumah dia,
kaki tersangkut kat pagar,
luka lutut aku kene benda tajam,
kene g hospital balut..

aku ingat lagi..
jalan rumah aku tanah merah,
takde bertar,
kene plak lalu kat perumahan setinggan,
jalan tak penah elok,
abah selalu kata kita naik unta,
kalau nak g bus stand kene jln kaki jauh,
dah la byk anjing,
batu sentiasa standby di tgn..

aku ingat lagi..
kat rumah kita dulu ada kedai,
pakcik mahmud tuan dia,
anak dia nama riduan mahmud kami panggil,
selalu beli aiskrim kat kedai dia,
aku penah terambil n tak byr kat kedai dia,
pensel mekanik.
dulu kecik2 mana ada duit,
aku p balun pensel mekanik kat kedai dia,
jakun~tak penah jumpa benda canggih camtu,
picit2 je kua dakwat..wow!
kalau satu takpe, ni siap bleh bg kwn2 kat sekolah lg,
sekali amik satu cekup tgn aku penuh dgn pensel picit tu,
nasib baik tgn aku kecik..haha!

aku ingat lagi..
dulu kat rumah kita tiap2 hari mkn ikan,
ikan masin selalu sgt,
ayam jarang2 dapat,
kalau mkn ayam, dah syok tak terkata,
abah siap bela ayam lagi,
sbb nak bagi anak2 makan ayam,
sembelih blkg rumah,
abg tan pegang, abah sembelih, aku tgk..
nikmat sgt..

aku ingat lagi..
rumah kita dulu ada katil 2 tingkat,
sorg tido atas, 3 org tido bwh,
masa tu rasa katil tu besar sgt,
tido adik beradik,
aku ada 9 adik-beradik.

aku ingat lagi..
kalau mak abah g keje,
aku dok rumah dgn abg dan kakak,
ada org india mabuk dtg ketuk pintu,
panggil byk2 kali,
takut gile..
bile abah blk nmpk aku tido bwah kerusi,
nyorok takut keling gile tu..

aku ingat lagi..
rumah kita dulu takde longkang besar,
tiap kali hujan mesti banjir kawasan rumah aku,
selalu main air,
tangkap ikan puyu, laga dan macam2 lagi..

aku ingat lagi..
rumah kita dulu ada mcm2 pokok,
ada mempelam, manggis, kelapa, jambu air,
limau bali, nangka, keladi, pandan,
kunyit, daun kesum, kacang kelisa dan lain2,
aku ingat aku penah tanam kacang tanah dgn kak an,
dia tanam 2 biji dlm satu lubang,
aku tanam sebiji je,
pastu dia punye tumbuh subur, cepat je naik,
aku punya, hidup segan mati tak mahu.. tak aci!

aku ingat lagi..
kat rumah kita dulu ada surau sementara depan rumah,
selalu solat kat situ,
kdg2 malas pergi,
org sembahyang terawikh,
aku dok ngelat kat buai dpn rumah,
imam tu baca pjg sgt,
terketar lutut ni,
sekali tu kantoi dgn mak,
sbb bila dia blk tgk aku tido atas buai..

aku ingat lagi..
kat rumah kita dulu,
abah ajar kawan2 aku ngaji,
aku yg plg pandai,
aku dah bleh ngaji dorg baru alif ba ta,
kdg2 aku yg ajar dorg..

aku ingat lagi...
aku ingat lagi...
aku ingat lagi...


p/s: entry ni aku tulis masa rumah aku @ white house takde letrik smlm. teringat plak aku dulu takde api, air, hidup susah, tapi still aku rajin baca buku, smyg jemaah, ngaji quran, mcm2 lagi.. arini aku hidup agak senang, ada semua, tapi still malas, baca buku pun nak taknak, ngaji pun tak sempat, ada motor pun tanak g masjid jemaah..
sedih.. tapi aku dulu nakal jugak..skrg baik la sket..uhuk2! blk nanti aku nk mintak maaf kat pakcik mahmud. nk byr blk pensel picit yg aku "terambik" dulu..agak2 RM10 cukup la kut..

nanti nk bina rumah yg sempurna utk isteriku, untuk anak2ku, tanak bg dorg mandi air telaga mcm aku.. ku punya impian untuk bina "baitul-ihsan" untuk mrs K dan ibnu2 K semua.. isyaAllah..

Saturday 21 June 2008

BERSIH?


aku sebenarnya tak pasti sgt nak tulis ape utk entry kali ni.. ada byk idea, tapi mcm tak smgt sgt..

(tula..aritu rajin sgt..) patut la dulu masa sahabat dtg jumpa nabi, tanya nabi, ok tak kalau aku khatam quran sekali sehari? kemudian nabi kata, takyah la skali sehari.. kurgkan sket.. stgh quran sehari ok la..biar sikit tapi berterusan.. tapi sahabat ni kata: tapi aku mampu ya rasullah.. aku tak rasa terbeban pun.. pastu nabi kata, nanti kamu tua nanti kamu tau la.. ditakdirkan Allah sahabat ni umurnya panjang.. kemudian dia dah rasa terbeban sbb nak khatam quran sekali sehari dah tak mudah mcm dulu.. dia kata: betul cakap nabi..kalau la aku ikut cakap dia dulu..

tu namanya istiqamah.. buat sesuatu dgn terus-menerus, tak ponteng, ya "berterusan!" ni perkataan yg plg baik utk istilah istiqamah ni. tapi aku bukan nak sentuh bab ni.. aku nk cakap bab kebersihan..??

aku ingat dulu.. aku slalu komplen org yg bg tazkirah boring bab kebersihan ni.. tak abis2 pasal kebersihan.. sbb aku rasa benda ni semua org tau.. tapi arini, aku sbg insan yg bosan dgr bab kebersihan ni sendiri akan ckp ttg perkara ni.. (kalau bosan btau..) *menguap*

terlintas dalam hatiku nk tulis entry yg "bosan" ni bila aku rasa penatnya kemas rumah. aku korbankan masa tidur ptg aku dgn kemas bilik, sapu, mop, dgn tangga2 skali aku balun. pastu aku cuci toilet. satu toilet tu aku berus. dinding, toilet bowl, semua aku sapu. last skali aku cuci sink kat luar toilet.. skrg nak baring tdo dlm bilik air tu pon boleh! haha. tapi bapak gile penat aku! (baru aku tau!)

masa aku kecik, mak aku marah tak kemas bilik, tak betulkn katil, (betulkan tilam n cadar) aku tensen je.. tak sapu rumah dia bising, bilik air kotor dia bebel.. baju kotor, kasut tak basuh, mcm2 lagi dia marah..pas dah kene piat telinga, baru la aku rela-terpaksa wat semua tu.. bila aku bersihkan semua2 tu td, teringat mak aku.. aku yg muda ni pun penat, dia yg ada arthritis, sakit pinggang, kaki tu lagi la.. tapi dia wat jugak kerja2 pembersihan ni sorg2..isk!

abah aku mcm sempoi sket. dia rilek je.. bukannya dia suke kotor..dia pembersih ok? cuma tak la cerewet sgt mcm mak aku..(org kata, org pompuan mmg mcm tu..) org kata.. aku dgr je.. dulu abah ada tulis satu buku bahasa arab yg bergambar.. tajuk dia "limaza ........ linnazhofatin nazhofah" yg dot2 tu aku lupa..haha. "nuridu" kot! sorry abah! :( maksud dia, kenapa kita kena menjaga kebersihan.. sesape yg tau bahasa arab tu meh isi tempat kosong..

aku dulu penah hafal ayat2 bahasa arab yg ada dlm buku ni. senang je.. antaranya:

"rajulun nazhif, rajulun nasyith"- lelaki yg bersih ialah lelaki yg rajin
"Allahun nazhif, yuhibbun nazhofah"- Allah tu bersih, Dia sukakan kebersihan
"annazhofatu lil-i'badah"- kebersihan itu satu ibadah

cukup2 la tu... aku tanak menunjuk.. (dah lupe byk! huuuu)
mcm2 lagi.. aku balik nanti nak baca blk la buku tu..

aku harap aku bleh istiqamah menjaga kebersihan ni.. bosan tak? ke ok je.. sbb aku pun dah ngntuk ni..haha!

p/s: -ni bukan entry untuk perhimpunan BERSIH tu k?
-tak sabar nak tunggu my dear dapat streamyx
-thanx to mak sbb mak rumah kita bersih

Tuesday 17 June 2008

leaking oh leaking

Ingat tak aku dah btau korg yg skrg ni musim hujan..kalau ikut logik akal aku, hujan=air, hujan lebat=air byk, tapi ni lain plak jadinya kat umah aku sejak lebih kurg seminggu lepas. rumah aku mengalami gangguan bekalan air di musim hujan...

celeena a.k.a white house @ rumah aku

akibatnya kdg2 terpakse aku g umah din or gish, menagih simpati air dorg.. betul la kata org, takde letrik ok lagi..ni takde air susah.. untuk makluman korg, air kat india ni free.. cuma kena byr maintainence dia je.. itu yg tak puas ati tu bile air takde, bukan kitorg tak byr pun.. so kitorg pun berbincang dgn tuan tanah bg settle ini problem..

akhirnya, hari ni dtg 2-3 org mamat betulkan apa ntah kat blkg umah aku. bile keje siap, kitorg test air, huiyo bukan main laju lagi.. syiok laaa. nikmat yg lama tak dikecapi, mandi air yg laju dari shower..huhu!

tapi bak kata org tua, malang tak berbau.. elok je aku tgh baru nk study, housemate aku panggil aku. "ada leaking la.. abis melimpah sampai ke depan" bila aku turun mak ai.. byk gile air, kua ikut dinding, dari celah suis. aku rasa2 dinding dah mula lembap.. bunyi air kua pun kemain kuat lagi kedengaran, rupanya kat atas toilet bwh ada bocor..

arep kata dah macam kolam dah air bertakung

air melimpah tak henti2 menyebabkan aku terpaksa call land lord.. dia pun terkejut sbb 1st time jd kat umah ni cmni.. dia kata maybe sbb kitorg psg air panas masa takde air aritu.. (bukan salah aku). dia pun pggil plumber dtg check ape yg tak kene. check punya check, dia tak dapat settlekan mlm ni.. esok jugak baru bleh dia repair..

dgn jasa baik encik plumber, dia tolong tutup paip utama utk elakkan leaking ni... maka, dgn ini aku isytiharkan pagi2 esok kitorg akan serbu rumah2 jiran yg berdekatan untuk kembali menagih simpati air dorg... :(

kelihatan encik A menyapu air dgn penyapunya..

"68. Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum.69. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?70. Kalau Kami kehendaki, niscaya Kami jadikan dia masin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?"
-al-waqiaah-





p/s: thanx to arep yg rajin menyapu.. land lord yg tlg pggil plumber, vincent yg tlg dtg tgk, last2 dia pun menyapu skali, plumber yg stopkan leaking, maruk yg dok kat bilik (lambat perasan), n abbas yg kat libry..

Sunday 15 June 2008

yaumul ab

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk." (7) "Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah ridha terhadap mereka dan merekapun ridha kepadaNya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya." (8) al-baiyinah.

abah aku best!
abah aku pandai masak.
abah aku pandai menjala ikan.
abah aku pandai buat rumah.
abah aku pandai buat kolam ikan.
abah aku penyayang.
abah aku sporting.
abah aku hensem.
sayang abah!


selamat hari bapa! sebenarnya aku tak sambut pun hari bapa ni. sbb bagi aku, setiap hari adalah hari bapa. bukan 15 jun je. tapi sbb mr N datang rumah aku pg td, dia kata nak call bapak dia sbb birthday bapak dia arini, n arini hari bapa, baru aku tau hari bapa tu hari ni. aku teringat abah yang ada kat rumah. last time aku call rumah, kaki dia sakit, bengkak sbb tersadung. doctor ckp ada ligament terkoyak sket. so aku pun call dia, tanya kabar, tanya psl kaki dia. dia kata dah susut sket dah bengkak tu. tiap2 mlm dia boh bandage. aku dah nasihat dah soh jgn banyak sgt jln tu.. tapi abah ni degil sket.. mak pun ckp macam tu.. aritu jenuh mak nasihat dia soh jumpa doctor. (aku tersenyum sbb kadang2 aku pun degil jugak bile sakit, byk kali mrs K soh aku jumpa dr..)
org putih kata "like father like son" ^_^

aku tanya jugak mcm mana mkn minum, hidup kat malaysia bile harga minyak naik ni. ibu cakap, RM30 cuma dapat 11liter je. baru satu takuk meter minyak tu naik. ayam sekilo dah RM7. kalau sekor mau 15ringgit. semua benda naik. tapi dalam berita still cakap harga tak naik. mungkin pemberita tu tak kua2 kot dari studio dorg. kalau menteri tak tau logik la jugak.. dorang tau mkn je..

menteri2 ni termasuk perdana dorg sakali ek, sedap je mulut suruh rakyat berjimat, padahal dorg tataw ke ada org yg selama ni mmg berjimat, duit upah toreh getah cukup2 je utk beli beras bg anak2 mkn sekali sehari. mereka ni sampai tataw lagi nk jimat ape. takde benda lagi yg nak dijimatkan. Tuan Guru Nik Aziz pernah cakap, membazirnamanya bina masjid lawa2 kalau masih ada keluarga yg tak mkn 2kali sehari. sbb tu dia kata, kat kelantan, takde masjid baru. itu masjid, belum lagi benda2 lain.. yg mmg jelas membazir..

aku nak je telefon petronas nak tanya dia keuntungan 80billion tu kamu guna untuk ape? kemana perginya? kamu amik minyak dalam laut tu, minyak tu sape punye? Allah letak minyak tu kat perairan malaysia, bukan untuk kamu buat untung sorg2. minyak tu harta negara. kalau harta negara, maksudnya harta rakyat. bukan harta pemerintah @ Pm! so, belanja la kitorg rakyat ni sikit.. kamu tu kaya, kamu kaya pun sbb Allah yg bg minyak tu.. minyak tu pon bukan bg direct kat kamu.. dia soh kamu korek dasar laut, amik. kamu guna duit negara, bli gerudi, korek2 dan kamu dapat minyak tu. pastu kamu jual kamu dapat untung byk. aku yg takde peluang nak gerudi minyak ni, bleh toreh getah je kat kampung. aku mkn sekali sehari je, sbb anak2 kene sekolah. (sekolah tak free2 lagi). nk soh aku jimat ape lg? takyah makan lgsung? pikir la sikit! takkan ruginya petronas kalau harga minyak turun!

Buznama cakap, nabi kata, kalau kita sedekah satu, kita akan dapat sepuluh. tu kalau sedekah. kalau dah mmg hak, tu wajib bg namanya.

untuk bapa2 yg bekerja tak ingat letih, tak bosan2 cari rezeki utk anak2, aku salute dgn korg! terutamanya abahku. abah kene rehat jugak tau! because i love u so much! selamat hari bapa!

p/s:- yaumul ab = hari bapa
-aku try call petronas, tanya dia blanja kat mana duit 80 billion tu? pastu dia tanya sape ni? aku jwb, "im mr K". pastu aku dgr bunyi tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut.......(dah kene letak)

Saturday 14 June 2008

monolog

Everyone feels pain,
But surely, after suffering satisfaction will arrive,
Even in sport, studying or other ordeals,
With life, it's like that for everyone,
If we can beat the pain, on the other side,
a rainbow of happiness awaits us.
That will definitely become a treasure.
Lets believe in that.

When my existence seems to disappear,
I will look for the place where I can do the best I can.
From now on, I'll deliberate slowly,
I won't be impatient,
I won't be greedy,
I won't give up.
Because everyone takes things step by step.

No matter how little the matter is, I want to become a useful person to others.

aku bermonolog sendirian.. menurut ape yg aku fhm dgn perkataan monolog ni ialah, kita bercakap seorg diri.. mono tu satu..kan? kalau 2 org, dia dipanggil twonolog. <----pakai balun. haha! aku mula cerita: pagi tadi aku ada kelas dgn mr Raju. dia ajar pasal cerebellum. iaitu satu bahagian kecil otak kita yg function dia utk control body equilibrium, smooth fine movement, coordination dan sbgnya. senang cite, aku bg contoh nk korek telinga. mula2 kene amik cotton bud dari dlm plastik dia, pastu kene pegang posisi yg betul. pastu elbow kene flex supaya tgn pegi dekat telinga, pastu nak aim betul2 lubang telinga tu. dah masuk kena korek takat mana, tak bleh dalam sgt.. haa semua tu yg kawal ialah Allah melalui cerebellum yg diciptakannya.

mr Raju kemudiannya tunjuk pulak satu video ttg sorg budak pompuan yg ada cerebellar disease. sebenarnye dia amik video tu drpd cerita "1 litre of tears.". dia tunjuk mcm mana budak pompuan tu yg nama dia Aya, yg mula2 normal, aktif dan ceria, tetibe je dapat penyakit yg takde ubat ni.. satu2 symptom dialami oleh Aya ni, mula2, dia tak boleh jalan elok2, pastu tak boleh nak tentukan jarak objek, weakness muscle tone, pegang brg sket jatuh, tak boleh tulis leklok, cakap pun tak lancar, nk makan pun susah.. dan macam2 lagi. tgk betapa susahnya kita bila Dia tarik nikmat cerebellum ni. tapi budak pompuan tak putus asa jugak untuk hidup. dia still g physiotherapy utk kuatkan muscle dia.. dia still tak putus asa walaupun dia tau dia akan mati.. akhirnya Aya ni dah tak boleh jalan langsung, tak boleh nak buat apa2 pun terlantar kat hospital dan lastly, mati kat hospital.. *tamat cerita*

cerita ni sedih, tapi aku tau korg tak nangis pun baca apa yg aku tulis ni.. sbb tu aku download dari youtube klip dr drama jepun ni..




aku bygkan kalau aku jd budak pompuan umur 15tahun tu. macam mana aku nak mkn? aku suke mkn. mcm mana aku nak main bola? aku suka main bola. mcm mana aku nak ckp kat mrs K yg aku syg dia? macam mana aku nk g tandas? mesti nanti aku kencing merata-rata. sape nak tolong basuhkan? mcm mana? (byknye mcm mana) adakah aku nanti akan sekuat Aya ni? sedangkan aku baru kene uji sket dgn Allah aku dah mengeluh pjg. baru pening sket dah kantoi solat subuh. baru Dia tarik nikmat masa lapang sket,@ sibuk sket, dah lupa nk baca quran.. tu belum lagi Dia bg cerebellar disease kat aku.. Au'zubillah min zalik. malu aku kalau nk banding dgn Aya ni..

aku terus bemonolog sendirian..

p/s: pagi tadi aku masak nasi goreng.. bile aku mkn, sedap! tp kalau la tgn ni tak boleh suap sendiri, takde gune sedap mcm mana pun..

Friday 13 June 2008

barang pinjam..

aku mulakan entry ni dgn sebuah cerita:

pg tadi after class dlm kol 10 camtu aku dan kwn2, g mkn kat sharada. pas mkn egg maggi bull eye aku pon mula blk naik vespa kesayangan aku. time on the way tu, aku pon try la wat gaya mat rempit, tade ape pun, sume lepas tgn je.. selalunya moto aku stabil je.. tapi kali ni goyang2. sah ada sumthing happen ni. aku pon stop jap and check tayar. sah! tayar dpn takde angin. so terpakselah aku melencong ke kedai minyak nak pam. kat sini nk pam minyak pun ada org tolong isikan..haha.

kecewa aku bila mamat tu kata yg tayar dpn pancit.. :( so aku wat slamber je naik moto tu, aku bwk slow2 sampai ke workshop pomen aku. mr suderi. aku hampa skali lagi bila dia kata, nk tuka tyr bukan kat sini dik oi.. kat kedai tayar sebelah kedai bunga hujung jalan bleh la.. aku pon bwk blk moto aku ke kedai yg dimaksudkan..

maka encik pomen ni pun bukak la tayar and check kat mana yg pancit tu...






encik pomen tgh kobek vespa aku..



mmg sah ada bocor kat tiub tayar.. besar plak tu. mamat pomen ni tanya la nak tampal ke nak tukar baru? aku cakap tukar baru je bos! pastu dia kata yg kedai tayar ni untuk repair je, takde jual tiub. kalau nak baru kena encik beli sendiri. ahh sudah! kene g tempat lain plak ni. takpelah, dapat gak aku naik auto, baru je smlm ckp lama tak naik. arini dah dapat naik. so pegila aku jln kaki mendapatkan auto yg berada di jln besar. baru tau susahnye org yg takde motor!

dipendekkan cerita aku pun selamat membeli tiub tu kat manipal auto centre. pastu mamat pomen ni pun wat la keje dia yg tak sampai 10 minit pun (padahal aku dah abis masa dkt 40minit).

semua sekali, duit tiub + duit auto + duit upah, ada la dlm Rs. 164..
*tamat cerita*

tapi tak bestla plak kalau abis cmni je entry ni. meh aku sambung sket. dalam hati aku mmg la rasa tak best.. yela, siapa yg gembira bila motor pancit, duit kene keluar, berpanas kat bengkel (arini tak hujan).. tapi bile pikir2 blk.. yela, sape yg bg motor tu pancit? sape yg nk duit aku keluar ni.. semua tu tuhan yg nak benda tu jd.. aku pun redha je..

teringat masa kecik2 dulu aku ada dgr Buznama ckp, semua benda dalam dunia ni hak Allah. yg kita ada hanyalah brg pinjaman dari Dia yg maha kaya.. kita ni miskin gila!!! bulu hidung pun bukan kita punya! sbb tula kita kene jaga harta pinjaman ni leklok.. anggota badan kene jaga.. kene g bersukan, mkn mknn yg berzat, supaya badan sehat.. bukan tu je.. nabi soh kita jg gak anggota kita dari buat maksiat pada Allah.. maksiat tu bukan laki dan pompuan je.. tapi ialah "buat apa yg Allah larang dan tak buat apa yg Allah suruh" tu la namanya maksiat.

cuba bayangkan kita bagi pinjam barang kat kawan kita. pastu dia maki hamun kita, dia pakai mcm dia punya sendiri, pastu kita mintak blk dah rosak dah barang tu.. marah tak? marah la!!!
macam tu jugak Allah bg kita pinjam anggota badan, akal, harta, etc2. bukan utk suka2. bukan untuk kita buat binasa. bila kita tak jaga "brg pinjaman" ni betul2, maka itulah yg akan buat tuhan marah ...

so, jom la heboh kat semua org supaya jaga barang pinjaman kita elok2.. bukan jom heboh tv3 tu.. tu lain..

"Alhamdulillah.. aku bersyukur dgn apa yg aku ada, walaupun motor vespa je, tapi ada jugak kenderaan utk aku di dunia ni.. semoga Engkau kurniakan kenderaan yg lebih baik untukku di padang mahsyar nanti.. berjalan kaki pun takpelah ya Allah.." ameen..

Thursday 12 June 2008

raining season..

its raining season in my place rite now.. almost 24hours non stop..

ada yg mengeluh sbb baju yg basuh tak kering, baju yg dah basuh plak basah sbb kene ujan masa nk g kelas. ada yg tak suke sbb kasut mahal2 bsh. tak kurg jugak bau stoking basah tetibe menyerang hidung time kelas anatomy td.. yg tension sbb takleh main bola ptg2.. yg ngantuk sampai tetdo dlm kelas.. maklumlah, sejuk!! pas je lecturer kua, berduyun2 org g washromm nk lepaskan hajat masing2..

tapi ada gak yg gembira dgn ujan ni.. kalau tak ujan, mengeluh pjg dia.. sbbnye? baru bli baju ujan.. rugila kalau simpan dalam beg je..ye tak? lagi satu sbb sejuk.. dulu panas bukan main lg berpeluh.. ni ujan syok la..hihi. ada yg amik kesempatan pki selipar je pegi kelas.

fesyen musim ujan pun bermula.. kalau tgk budak2 laki dgn raincoat nye.. ada yg kelabu, hitam, merah, transparent, etc2. kalau yg pompuan dgn payung yg berbagai warna dan saiz.. payung terjun je takde..( lawak la tu!)

teringat aku lagu allahyarham sudirman HUJAN.. hujan yg turun bagaikan mutiara...(sambung)
aku ingat part tu je. band HUJAN mesti syok kalau dtg india skrg ni.. peribahasa melayu cakap, hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri.. betul peribahasa tu.. :) pandai org dulu reka.. aku rindu malaysia.. lebih spesifik lagi my fiancee yg sedang menanti di sana.. she is my intan payung.. and i still remember i called her "baju hujan" sbb payung mcm tak cover semua..kn? kalau dulu, seboleh2nye setitik ujan pon taknak bg kene kepala mrs K.. :')

aku penah dgr Buznama cakap, yg masa hujan ni doa dimakbulkan, rahmat pun turun masa hujan ni.. setiap titis air hujan yg turun, satu malaikat akan bersamanya.. so jgn la kutuk2 @ marah2 sbb hujan turun. nanti takde hujan baru korang tau? tau tak nanti sebelum kiamat nanti akan adanya kemarau yg berpanjangan? selama 40 tahun tak silap aku. pastu turun plak dajjal laknatullah yg bg air kepada kaum yg ikut dia.. masa tu boleh tak kita jg akidah kita, isteri dan anak2 kita dari godaan si mata satu tu?

ada satu ketika pada masa tu hari nak hujan, pastu sorg sahabat ni nmpk nabi tgh muram, mukanya ketakutan. lepas je je hujan turun maka nabi senyum.. :) pastu sahabat tadi tanya, kenapa tadi mula2 nak hujan kamu masam? pastu kamu senyum? (lebih kurang camtu la dia tanya) nabi kata, masa zaman nabi luth a.s. , pada masa tu hujan nak turun, maka kaum yg amalkan homoseks ni pon bergembira, berpesta sbb hujan nak turun.. tapi mereka tak tau yg sebenarnya Allah murka sgt kat dorg, n Allah turunkan dorg hujan batu.. maka matilah mereka dilaknat Allah.. sebab tu nabi takut@muram masa nak turun hujan tu.. tu zaman nabi, yg mana dia maqsum n sahabat2 semua mahfuz.. zaman skrg? (sila refer ustaz@ah)

skrg semua benda naik.. minyak naik, barang dapur naik, letrik naik, tambang auto naik ke? lama tak naik auto.. yg turun hujan je.. nasib baik Allah turunkan hujan.. kalau Dia naikkan hujan? nak air hujan, g naik kapal terbang kutip kat atas. tak ke payah? ce fikir.. dah2! tunggu ape lagi? g solat n sujud syukur sbb Allah turunkan hujan..

p/s: sila baca surah an-naml ayat 54-58 dan tafsirnya..

Wednesday 11 June 2008

supremo champion

thanx to latchana 4 taking this pic..

ini kisah berkenaan team bola aku semasa supremo game bulan lepas.. berikut ialah player2 yg main utk team ni:

keeper:
1.shawn. pastu last match haris sbb shawn sakit msk hospital

defender:
1.syed mamu. last man kitorg ni main kejap je. pas 2 kali menjerit kesakitan dia xleh main dah. lateral collateral ligament dia koyak..
2. abas hamid@ apachepot. stopper yg power giler. kalau tade dia sure dah bolos byk. dia score satu.
3.dinbo. dia lari tak laju. tapi tak mkn pancing. sume star player team lwn dia yg jg. walaupun byk kali kantoi.. tapi boleh diharap. cume dia ni asyik nk passing wing kanan je..haha
4.faiz. defend kiri yg tak boleh dijangka. tak pandai sgt main, tapi rajin. cume ko kene blaja sepak btol2 je. jgn main kasar ye?
5.zaki. berdasarkan pengalaman dia bertahun2, dia bertindak sbg lastman ganti syed. asyik clear je. semua bola dia clear.
6.hadi. last man simpanan ganti zaki bile zaki sakit. badan tough, so mmg seswai jd defend. org nk masuk pun takut. rajin sket turun pdg training!
7.haris. defend yg jd keeper time last match. good job!
8.shazrin.. huh? sorry shaz bg ko main kejap je. arep la ni

midfielder/wing:
1. ustad. ko mmg care la main defensive midfield. senang keje aku. dia ni dulu striker. tapi dah turun takhta.haha
2.arepQ. star player kitorg. score 2 gol kemenangan. mmg bagus la ko potong ambut. takla kacau nk tengok bola. bab menggelecek ni bg kat dia. tp ms main dia emo sket. kat shamiran terutamanya.
3.mr K@aku. aku main wing kanan mcm beckham merangkap captain. aku tak score la utk game kali ni.. (kemarau).assist je aku ada. hey aku angkat corner baru skali tak naik bukan main bising lg! 2 game aku demam tapi aku main gak. (kalau mrs K tau mau dia marah).
4. iman pokok. dia bukan pokok sebenar ye? wing kiri yg tak penah letih. byk peluang nk score tapi sia2kan. tp dia assist gak.
5.nooh.wing simpanan. ganti aku masa aku dmm, dia ni laju jgk. tapi tak dgr ckp. slagi boleh nak bwk smpai ujung. dah kantoi tanak turun plak tu. tp ko tanduk mmg care.

striker:
1. ogy. scorer time lwn team 18. padan muke dorg. main kasar lg.
2. sherry. last game dia score 2. tu pon setelah dikutuk sbb lari lambat, tak mintak bola, halang kalis shoot, ak kawal bola leklok etc etc... dia baru je start main bola 3 bulan lepas. tp ko ada peningkatan. syabas!
3.shriram? i dont understand what u r talking. main satu game je mamat seychellis ni. ntah btol ke idak aku eja negara dia tu. sorry man, my bad, i cant speak english fluently. time main lagi la.. aku jerit "turun", "masuk","lari" je dgn mamat ni.haha!

result:
21vs20: 1-0
21vs18: 1-0
21vs19: 1-0
21vs22: 3-1
(kitorg 21)

sbb kitorg mng semua, maka dapat 12point--->kitorg menang!!!
1st time mng kat sini.. tatawla bleh mng lg ke tak nti.. tp korg semua mmg best!
we are the champion!!!
thanx 4 all supporters especially my dearest mrs K. ^_^

p/s:duit kemenangan, kita wat bbq kat white house! jgn lupa bwk marsmallow!

Tuesday 10 June 2008

setahun tanpa blog..

things that i did almost 1 year ago..
(aku tulis yg penting2 je..k?)

1. jadi cekgu sekolah rendah. srk seri selamat. aku ajar bm, bi, pendidikan seni!!! (aku tak pernah dapat C. asyik D je.. huhu) rindu jugak kat budak2 yg asyik panggil aku sir.. =) susah nak mampos jd cikgu sek rendah ni.. baru aku tau..haha

2. aku dapat result a-level 1A 3B. lepas utk fly!

3. aku bertunang dgn gadis idaman hati.. cik AH aka mrs K. semoga kita selamat diijabkabulkn dan bhgia hingga ke syurga.. 19/8/07

4. aku fly ke india utk blaja medic. kat mmmc manipal.

5.blaja-blaja-blaja-exam-mkn-tdo-bla bla

sedar2 dah setahun dah. cepat gile masa berlalu.. simple gile idop aku setahun ni. 5 benda je? haha! aku tak ingat password blog ni.. baru semalam terhegeh2 mintak blogger send password baru..

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

1 year - 1 month

lama gile aku tak update blog ni. dah dkt setahun.. tgk semua org dah berblog ni.. aku pun nk berblog jugak.. thanx t0 mrs k for encouraging me to write. terangsang sebenarnye baca blog yg best camtu. dan teringin gak nak jadi penulis macam abg hamka yg terrer gile bab agama. nk jd mcm sinaganaga yg blog dia kalau bc tak kering gusi, kennysia usah cite la.. semoga dgn blog ni hidup semula akan meningkatkan kembali semangat juangku.. dan aku dpt share mcm2 dgn semua yg baca blog ni.. nanti aku recall blk apa yg berlaku dlm masa aku tak update blog ni.. jgn thn depan baru update sudah! ahaks!

semoga dgn nafas baru ni.. blog ni akan lebih mantop!
selamat kembali berblog!!!!