Tuesday 12 July 2011

bukan manusia

kalau aku jadi haiwan...
aku nak jadi kucing.

kalau aku jadi buah...
aku nak jadi oren.
or nenas.
or alfonso mango.

kalau aku jadi pakaian...
aku nak jadi stokin.
yg belang2 ada lima jari.

kalau aku jadi aksesori...
aku nak jadi payung.

kalau aku jadi air...
aku nak jadi air kosong.

kalau aku jadi makanan...
aku nak jadi roti sedap.

kalau aku jadi alam...
aku nak jadi angin.
yang bertiup lembut.

kalau aku jadi perasaan...
aku nak jadi rindu.




aku baik?
oh, tak. aku jahat sgt. degil.
aku kuat?
oh, tak. aku lemah sgt. degil.
aku sihat?
oh, tak. aku sakit sgt. degil.

Sunday 10 July 2011

Peludah Warna

Peludah Warna by A Samad Said

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID


p/s: I don't know what u want, but I want a better Malaysia. and Pak Samad sgt cool ok!

Thursday 7 July 2011

hambamu



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah




"ke hati mana
semangat
diberi
kalau
tidak
ke hati
sendiri"