Tuesday, 9 August 2011

A poem to my beloved wife

I love u...

A lover asked his beloved,
Do you love yourself more than you love me?

Beloved replied,

I have died to myself
and I live for you.

I've disappeared from myself
and my attributes,

I am present only for you.

I've forgotten all my learnings,

but from knowing you I've become a scholar.

I've lost all my strength, but from your power I am able.

I love myself...I love you.

I love you...I love myself.

By Rumi

Monday, 1 August 2011

boo boo booom

Alahamdulillah aku berpeluang tgk Malaysia vs Chelsea aritu kat bukit jalil. bersama arip, sherry, shawn, sakok, ustad, didi n abg bob. thank u kepada penaja sbb bagi kitorg tiket percuma. walaupun penat tawaf stadium, tapi berbaloi la. walaupun ada org kata game tu bosan, tapi bg aku Chelsea main dgn penuh bergaya. cuma bak kata Mourinho, Malaysia parking bas dpn pintu gol..mana nk gol. oh keeper Msia sgt cekap malam tu. Torres menghampakan. si botak hairudin omar buang karan je. huhu. gol je yg kurang malam tu. gameplay mantap je. heh!

yg agak lainnye game tu, ialah kehadiran player chelsea, Yossi Benoyoun. pemain bola rakyat Israel pertama yg bermain kat Malaysia. tau tak ape jadi malam tu? oh mamat ni kene boo je sepanjang game tu. setiap kali dia tendang, gelecek, buat skill, throw in, mesti dia kene boo. sepanjang 45min separuh masa pertama dia kene boo je. memula aku pun boo jugak (darah muda) tapi lama2 aku jadi kesian kat dia, aku stop.

org2 yg boo (termasuk aku yg mula2) ni.. ambil keputusan utk boo mamat ni sbb dia warganegara Israel. sbb kita tau yg Israel ni wujud di tanah haram. yg dorg amik secara paksa drpd rakyat palestine. yg Rejim ni, secara berleluasa membunuh, mengebom kanak2 n org awam palestine. dan kita sedia maklum, negara kita ni mmg tak iktiraf Israel sbg sebuah negara. dorg amik secara paksa, so dorg kene pulangkan balik. n dalam quran pun kata puak2 yahudi n nasrani ni mmg jahat.

tapi aku yg sibuk memboo dia mlm tu tertanya2. betul ke cara boo ni?

org: padan muka. ni msg kepada Israel. biar dorg tau betapa bencinya kita pada dorg.

tu org cakap..betul jugak.

org lain: ala biasa la dlm bola sepak kene boo.. terry pun kene boo. rooney pun kene dulu..tu baru krisis kecik2.

mmm.. logik2

orang-orang: dah semua boo.. aku pun boo la skali. support beb! bagi happening sket.

haaa pening ade la...


tu la serba sedikit komen org yg mengboo encik benoyoun ni. kebanyakan mereka org Islam.

yg tak boo?

depa kata ni football, benoyoun takde kene mengena pun dgn Israel punya polisi. dia nk main bola je. bola dgn politik mana bleh samakan.

tu depa ckp.


tertanya2 jugak aku.. Malaysia tak iktiraf Israel, tapi macam mana sorg ni boleh terlepas? tapi kan, kalau tak kita firm, tak bagi rakyat Israel masuk, mesti takleh masuk punya. (lawyer scorpene dari France pun dia halau balik).. haaa ni mesti Malaysia bg punye. so bila kita dah benarkan, patut ke kita layan dia camtu? dgn boo mcm tu? tak silap aku, org yahudi zaman nabi dulu mcm2 benda buruk+teruk dia buat kat nabi. ada nabi boo? aku rasa tak patut je la...sket2 udah le kut.

aku dok perati jugak la mana tau ada bendera Palestine terpasang kat stadium malm tu.. takde pulak. tgk jugak mana tau ada bendera anti israel malam tu.. takde jugak. kita syok dok balun starbuck(sedap gile kot) n McD tiap2 ari rilek je. yg dtg awal stdm malam tu, yg smyg ntah ke mana..(yg tak smyg la..) tak ingat. yg bukak selambe je pakai short, tak pakai tudung, tapi dgn semangatnye membooo rakyat Israel. "respek!"

so, tak boleh ke boo dia? ntah le saya... yg boo nk tunjukkn sokongan pd rakyat palestin n tak puas hati pada rejim zionis, boleh kut. tapi byk lagi kita tak buat.. byk lagi yg kita boleh buat..utk tunjukkan sokongan kita, rasa kasih kita pada saudara kita. at least kan, dunia tau la yg rakyat msia ni mmg tak suka israel. eh chop, abis yg tak boo tu? oh depa ni maybe ada cara lain yg menunjukkan yg depa ni anti israel. so watpe nk booboo org. sedangkan depa lagi efective lawan israel. yg takde alternative, dorg ni maybe belum ada kesedaran. maybe dorg ni ingat isu palestine-israel ni kesinambungan perang salib, ni hal agama islam n yahudi. oh bukan sekadar tu. ni isu org rampas hak n rumah n tanah rakyat palestine, buat macam harta sendiri, buat tembok tak bagi lalu, isytihar negara sendiri, tak pulang2kan balik.

bak kata bahasa KL Gangster: Lu langgar tempat gua, lu pijak2, lu ingat gua bleh cool? gua langgar balik, gua sengat2 la.

yg ikut2 boo? oh tu geng najib. ikut je rosmah ckp ape. heh. :


  1. ni pendapat aku je. boo ni mmg best, tapi kalau kita kene? Israel, rampas tanah org mmg best, tapi kalau lu ke?
  2. kalau salah or tak puas ati dgn gua, lu jumpa gua kat tempat biasa! lepas solat solat terawih! selamat menyambut ramadan!

Tuesday, 12 July 2011

bukan manusia

kalau aku jadi haiwan...
aku nak jadi kucing.

kalau aku jadi buah...
aku nak jadi oren.
or nenas.
or alfonso mango.

kalau aku jadi pakaian...
aku nak jadi stokin.
yg belang2 ada lima jari.

kalau aku jadi aksesori...
aku nak jadi payung.

kalau aku jadi air...
aku nak jadi air kosong.

kalau aku jadi makanan...
aku nak jadi roti sedap.

kalau aku jadi alam...
aku nak jadi angin.
yang bertiup lembut.

kalau aku jadi perasaan...
aku nak jadi rindu.




aku baik?
oh, tak. aku jahat sgt. degil.
aku kuat?
oh, tak. aku lemah sgt. degil.
aku sihat?
oh, tak. aku sakit sgt. degil.

Sunday, 10 July 2011

Peludah Warna

Peludah Warna by A Samad Said

Puisi: A. Samad Said
Muzik: Az Samad

Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID


p/s: I don't know what u want, but I want a better Malaysia. and Pak Samad sgt cool ok!

Thursday, 7 July 2011

hambamu



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah




"ke hati mana
semangat
diberi
kalau
tidak
ke hati
sendiri"

Friday, 24 June 2011

Burung Kecil

Si burung kecil
melihat
manis sungguh senyum itu.
Pencuri hatinya
tak pulangkan balik. Jangan!
biarkan dekat dengan hatimu
kerna di situ tempat
tinggalnya.


Malamnya gusar
siangnya resah
yang dinanti tak kunjung tiba
dua di puncak,
satu di melaka.
SMS diterima menguntum mekar
senyuman dari bibirnya
Ah, biarlah mereka kata
dia gila
untuk sekadar
"miss" call hatinya
sudah berbunga-bunga.
Hujung minggu
lebih dinantinya.


Burung kecil merindu
bulan menunggu,
purnama gerhana
burung kecil terlena,
dalam mimpi bercanda mesra.
Jauh mata
cukup terasa
jauh hati
janganlah dinda.
kanda kan bak berkelana
bila dinda tiada
kanda tak bermaya.


Bisik burung kecil;
kanda
sentiasa ada dalam
duka, dalam
suka.
Kita dengan dunia kita
yang kecil
semakin membesar.
Dahulu berdua
kini bertiga.
Kita
bergelak ketawa
bergurau senda
mengadu domba
berkongsi semangat
bertukar cerita,
manis cinta
dan
pedih rindu
melalui sayap kecil
melalui mata
melalui senyum
melalui "instinct"
biar semua tahu
cerita cinta kita.


Siangnya jadi ceria
biar malam sudah menjelma
begitu jua sebaliknya.
Harapan besar si burung kecil
ingin terbang bersama ke syurga.
Percayalah,
keranamu baginya
terlalu istimewa.


puisi buat isteri tercinta, my bestfriend, my soulmate, my gerahamate :p

Nombor Dua

Awal pagi lagi
dia keluar
mencari bekalan.
Matanya yang redup
terasa
resahnya
gelisahnya.
Semalam tak tidur
barangkali, kerana
satu sayap
kesayangannya
patah.


Dunia itu
cukup jauh,
asing
tembok batu
tinggi
pagar besi
berduri.
Pintu automatik itu terbuka.
Dalam jadi diam
luar jadi sunyi.
Kaca, telefon, kipas, kerusi batu
semua jadi saksi
sebak dada
pilu hati.
Terasa lega.

Kubertanya;
apakah
dosa terkurung?
salah terhukum?
sesal dikurnia?
taubat dipinta?
kutinggalkan sebelum tiba
pintu automatik itu tertutup.


Flat satu bilik
ke rumah dua tingkat,
video "Independence Day"
kegemaran,
permainan "Contra"
kita habiskan,
Wajah yang ceria bercerita
janggal sungguh. Oh!
kuketap bibir
kupanjatkan doa.