Friday, 11 March 2011

hati meluah2

luahan hati seorg ibu:

"makcik nak balik, bila boleh keluar ni doktor?"
"saya ni student lagi makcik, yg tu kene tanya doktor besar."
"susah kat sini, nk semayang pun tak boleh, nk ke bilik air nurse tak bg, nk telekung pun dia tak bagi."
"takpe makcik, makcik boleh amik tayamum, takyah guna tanah, tekap je kat dinding ke memana yg makcik sampai."
pagi tu aku aku habiskn masa clerking dgn ngajor makcik tu nak smyg cara org sakit.

terpandang aku kat file dia, tinggal kat rumah kebajikan makcik ni, aku pun saje tanya, anak makcik bape org? 9 jawabnye. eh sama macam saya. dorg ape cite? (nyibuk je nak tau) ntah mana makcik tau, makcik masuk sini sorg pun tak dtg jenguk. (dekat 2minggu dah). saya tgk file tu kata makcik dok umah kebajikan, sape hantar? dulu makcik sakit, pastu bila sehat takde sape nak amik makcik balik.

bape laki, bape pompuan? semua pompuan jawabnye. dulu ada anak makcik sorg tu, dia sorg je yg baik. jaga makcik. tapi dia dah mati la pulak. yg tinggal yg jahat n tak guna je. bila ada anak baik, menantu pulak jahat, menantu baik, anak makcik pulak tak suka, marah dia baik sgt dgn makcik. anak makcik yg sorg tu, yg baik tu memamng makcik doakan dia selalu. yg lain makcik doakan tak selamat mereka.

gulp. telan air liur aku dgr. makcik tak elok camtu, nabi dulu kene baling batu, najis, tapi dia still doakan yg baik2. makcik doakan la semoga Allah lembutkan hati dorg, bagi dorg jadi baik, sedar salah dorg.

tanak! makcik doakn dorg semua tak selamat.

byk kali aku try, tapi jawapan dia still sama. "makcik doakan anak makcik yg sorg tu je, tiap kali smyg tak penah lupa" ...............................

esoknye bila aku dtg, dia dah discharge, smlm katanye, ada sorg cucu dia nk amik. tak tau la
wallahua'lam.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]


luahan hati seorang ayah:

ermm.. kenapa baby's room/ nappy room/ changing room/ baby's washroom mesti ada sign "female only" "males are not allowed". ini satu diskriminasi! kami kaum adam pun nak jugak tukar lampin baby kami. takkan nak tukar kat tepi jalan, kedai makan. kalau laki tu kua dgn baby dia je, takde mak nye? kalau single dad? kalau feeding room exclusive utk women je faham la. ini tak adil! aku nak tubuhkan brothers in islam. perjuangkan hak lelaki. mid valley, pyramid, subang parade take note. klcc ok kut, sbb tak nmpak pun sign tu. ke aku je yg balun masuk. :p

1 comment:

alonq_exe said...

Ada jugak update ye. Ni kes berapa lama dah ko clerk?

Memang sedih jumpa patient tua2, kena tinggal ngan anak. Tapi kalau jumpa yang anak rajin jaga, senang hati wo tengok.