Tuesday, 29 July 2008

4 her

this song is dedicated to my only love..

You are my destiny
Come closer
I want to hold both of your hands
And fall asleep next to you
You are my everything
You’ll always be with me, my love
Know that you’re the only one in my mind

Even when you’re in my arms
I wish that time were to stop
Your bright smile
Reaches deep in my heart
The love I buried deep in my heart
I want to feel your fragrance

Always be near me
Just so that I can feel you

You are my destiny
I’ll be with you
Always in the same place
I will gaze at you
You are my everything
I will live only for you, my love
Let me keep you in my heart

Always be near me
Just so that I can feel you

You are my destiny
Come closer
I want to hold both of your hands
And fall asleep next to you
You are my everything
You’ll always be with me, my love
Know that you’re the only one in my mind

You are my destiny
I’ll be with you
Always in the same place
I will gaze at you
You are my everything
I will live only for you, my love
Let me keep you in my heart

to my dear darling, i want u know that i love u so much! no matter how busy i am, u are always in my heart!

Monday, 28 July 2008

ancient creature

this post is about an ancient creature; CENTAUR
i t is a combination of human and horse.

this is how it look in naufal's green book:

and this is the Harry Potter's centaur:

while disney describe it as more handsome in Narnia:

this is the Centaur Warchief in DOTA. woha!

errr... this is how franky the cyborg try to transform into centaur:

i wonder if they are really exist or not, or maybe some of them are still alive..
because i found this:

trade centaur, syndicate circle, manipal

want to buy some? ^_^

Friday, 25 July 2008

for the pet lover(s)

some picture of cute baby animals for all of u:

starting with this three white lion cubs,


followed by a mommy tiger with her piglet children,
(her fav pic)


then a somali kitten plays by himself,



and a "bucuk" like face puppy,
suddenly appear at our pouch.

care to adopt one?

p/s: im being busy lately, hope this post will cheer u up n myself also..
kita bela kucing tu je la ye syg?

Tuesday, 1 July 2008

karma

Karma police
arrest this man,
he talks in maths,
he buzzes like a fridge,
he's like a detuned radio.

Karma police
arrest this girl,
her Hitler hairdo
is making me feel ill
and we have crashed her party.

This is what you get,
this is what you get,
this is what you get,
when you mess with us.

Karma police
I've given all I can,
it's not enough,
I've given all I can
but we're still on the payroll.

This is what you get,
this is what you get,
this is what you get,
when you mess with us.

For a minute there
I lost myself, I lost myself.
Phew, for a minute there,
I lost myself, I lost myself.

For a minute there
I lost myself, I lost myself.
Phew, for a minute there,
I lost myself, I lost myself.
karma police by radiohead!!
percaya tak hukum karma? yg mana dlm bahasa mudahnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.. kalau agama hindu tak silap aku, siapa yg mati, akan dihidupkan blk sebagai binatang atau org, mengikut amalan dia.. kalau smpai tahap tertinggi, dia bergabung dgn tuhan, kalau slalu buat jht, nti dlm kehidupan akan dtg, dia akan hidup susah, muka buruk, ecetra2... (kalau salah betulkan).

tu dorg la kan... kita pun Allah dah ingatkan dah, yg kita ni akan hidup blk.. dan kita akan dapat balasan yg setimpal dgn amalan kita.. kalau kita baik, ikut ckp Allah, ikut ckp nabi, dlm kubur nanti akan diluaskan utk kita seluas mata mata memandang, kat pdg mahsyar plak akan dimudahkan hisab kita, pastu masuk syurga..kalau degil, jahat plak akan dibalas sebaliknya..

Isaac Newton. mamat yg jumpa adanya graviti ni ada wat satu teori (byk teori sbnrnye).. teori yg kita panggil "newton's law" kalau kita tgk betul2 newton's 3rd law ada sebut pasal hukum karma ni..

"All forces occur in pairs, and these two forces are equal in magnitude and opposite in direction
."

In other words "For every force there is an equal, but opposite, force". kalau kita tafsirkan law ni ikut hukum karma= setiap perbuatan tu, akan ada perbuatan@ balasan yg setimpal dgnnya..

contohnya: bila kita mengumpat seseorg, pasti akan ada org ngumpat kita sedar tak sedar. kalau kita kutuk org, mesti ada org yg kutuk kita. kalau takde, haaaa nanti Allah@malaikat semua kutuk kita----->azab kat akhirat.

tapi bila dalam bab buat baik ni, lain pulak. sbb nabi kata, kalau kita bg satu, kita akan dapat sepuluh! wow! byk tu! 1 huruf quran tu dikira sepuluh amalan, setiap amalan= 10 pahala. baca alif lam mim je dah dapat 3x10x10=300. tapi jgn plak korg baca alif lam mim je..sambung la sket, bg byk!

aku amalkan bendalah karma ni dlm bab baca2 msg org kat hp. sbb aku tanak org baca msg aku kat hp, aku tak baca msg kat hp org lain. berkesan! cube try! tapi korg try yg mantap sket la, korg blanja aku makan, insyaAllah ada la org lain akan blanja korg plak! haha! betul! kalau takde, nanti Allah blanja korg mkn makanan kat syurga. tak rugi kan?

meh aku mula cerita blk...

aku pernah 2-3 kali tumpangkan tempe, sorg nak g end point masa aku nak main bola, tapi sian kaki dia sakit sbb tahan nk terjatuh dr motor aku. sorg nk g main kriket, sorg lagi nk g masjid smyg jumaat..

nak dijadikan cerita.. aku teroverslept tgh hari td.. terovernap sebenarnya.. pastu kelam kabut bile jam dah menunjukkan pukul 13:55, dahla kelas dr UK pukul 2 ni.. mampus aku kalau dtg lmbt. dgn pantas aku siap2, pakai raincoat dgn mantapnye, pastu aku keluar rumah. sempat ekor mata aku tgk motor arep yg berlalu pergi.. ape lagi, aku pun nak la merempit jugak dgn vespa merah aku. sampai je kat motor, seluk2 kocek, tgk kunci motor takde.. aaaah sudah! pintu rumah aku dah la automatic lock. white house la kata kan..security mesti no1!!haha

dalam kepala aku ni dah terbayang dah yg aku terpaksa escape kelas petang td.. dah la no auto pun aku takde.. aku saje la tgk kat jln kut ada budak2 ni yg lalu dpn rumah aku.. tapi haram takde, kecewa aku...(aku bleh dgr din dgn arep gelak kat blkg). tapi ditakdirkan Allah, ada sebuah kete lalu, driver dia seorg pompuan cun tahap bolywood, buka pintu n tanya aku nak g mana..(imiginasi aku je ni!!) yg betulnya, ada kete lalu, dan aku cuba la nasib mana tau tempe ni nak berenti. tgk2 betul dia stop. dia bukak kunci dan suruh aku masuk. aku ckp la nk tumpang g interact. kunci tinggal dlm rumah, mmmc..scholar student..rm 300,000 bla2...akhirnya aku sampai kat interact dgn selamatnye tak kena taya dg UK, takyah byr auto, tak kene ujan...karma kan?

p/s:- cerita aku ni nak galakkan korg buat baik je...
-aku tak pandai sgt karma2 ni..korg betulkan la mana yg patut.
-aku expect dlm minggu ni adala mamat mana2 nak blanja aku makan. haha!
-radiohead mmg best! thanx to my dear 4 explaining what the lyric means long time ago..(miss that time)

Friday, 27 June 2008

Nyanyian angin

Jiwa raga terpaksa kuserahkan
kepada asap, wap dan kabus
Yang ku kumpulkan dengan suatu tenaga akhir
Dengarkanlah nyanyian sepi ini
Kerana mentari terlampau cemburu
Dengan kehadiranku

Hidup ini akhirnya berhajatkan perpisahan
Kerana kekeidlanmu sebagai insan
Balada demi balada kau pun tahu
Seorang anak muda yang benar-benar jujur
Sering dipersendakan umur
Kasih sayang orang tua yang tetap tidak
luntur
Kekandang memperagakan mereka sebagai
diktator
Jika kau merasakan hidup ini seperti ulat
yang rindukan kebebasan
Ingatlah sayap kekupumu telah patah
disaat kau menerima secara sukarela
kelembutan sutera

Jika awan terlampau berat
untuk bumbung rumahnmu
Panggilah angin, serulah bumi,
nanti kau akan rasakan
kemanisan hidup menabur budi
Tapi ingatlah tanah yang kontang
kekadang lebih elok dibiarkan kontang
kerana sini juga membutuhkan keadailan

Berbicalah, jangan mendakwa
kerana nilaimu masih di neraca
kerana hidup adalah kemewahan pemberian
Bertelitilah dalam sedekahmu
tapi kau harus berani mencabar
walaupun itu bermakna kau harus membakar
secebis surat cinta
kerana Tuhan lebih dekat
dari urat batang lehermu

Aku datang kepadamu
Dari suatu perjalanan berdebu
Dimana senyuman terpaksa ku kumpulkan
Dari asap, wap dan kabus
dengarkanlah nyanyian sepi ini seketika
kerana aku terlampau cemburu
akan ketibaan senja

~dipetik dalam novel memeluk gerhana-isa
kamar i~

Monday, 23 June 2008

aku ingat lagi..

aku ingat lagi..
dulu rumah kita takde api(letrik),
malam2 kena pakai lilin,
nak g tandas sorg2 pun takut,
kene ada org temankan,
abah beli pelita minyak tanah,
letak kat meja makan,
kami adik beradik study ramai2 keliling lampu tu.
aku baru pandai membaca..

aku ingat lagi..
dulu rumah kita takde air,
toilet ada, tapi air takde.
abah korek perigi blkg rumah,
tutup tempat mandi dgn zink,
nak mandi kene pam dulu air bwh tanah,
satu hari abg tan kurung aku dalam bilik air tu,
aku tolak kuat2, zink kena kaki dia,
kene g hospital jahit..

aku ingat lagi..
rumah sebelah dulu kosong,
makcik taharah tak pindah lagi,
selalu main masak2 kat dlm rumah dia,
bli telur, bli megi, masak guna kayu n daun2 yg kami kutip,
satu hari aku nak main msk2 lagi,
panjat la pagar rumah dia,
kaki tersangkut kat pagar,
luka lutut aku kene benda tajam,
kene g hospital balut..

aku ingat lagi..
jalan rumah aku tanah merah,
takde bertar,
kene plak lalu kat perumahan setinggan,
jalan tak penah elok,
abah selalu kata kita naik unta,
kalau nak g bus stand kene jln kaki jauh,
dah la byk anjing,
batu sentiasa standby di tgn..

aku ingat lagi..
kat rumah kita dulu ada kedai,
pakcik mahmud tuan dia,
anak dia nama riduan mahmud kami panggil,
selalu beli aiskrim kat kedai dia,
aku penah terambil n tak byr kat kedai dia,
pensel mekanik.
dulu kecik2 mana ada duit,
aku p balun pensel mekanik kat kedai dia,
jakun~tak penah jumpa benda canggih camtu,
picit2 je kua dakwat..wow!
kalau satu takpe, ni siap bleh bg kwn2 kat sekolah lg,
sekali amik satu cekup tgn aku penuh dgn pensel picit tu,
nasib baik tgn aku kecik..haha!

aku ingat lagi..
dulu kat rumah kita tiap2 hari mkn ikan,
ikan masin selalu sgt,
ayam jarang2 dapat,
kalau mkn ayam, dah syok tak terkata,
abah siap bela ayam lagi,
sbb nak bagi anak2 makan ayam,
sembelih blkg rumah,
abg tan pegang, abah sembelih, aku tgk..
nikmat sgt..

aku ingat lagi..
rumah kita dulu ada katil 2 tingkat,
sorg tido atas, 3 org tido bwh,
masa tu rasa katil tu besar sgt,
tido adik beradik,
aku ada 9 adik-beradik.

aku ingat lagi..
kalau mak abah g keje,
aku dok rumah dgn abg dan kakak,
ada org india mabuk dtg ketuk pintu,
panggil byk2 kali,
takut gile..
bile abah blk nmpk aku tido bwah kerusi,
nyorok takut keling gile tu..

aku ingat lagi..
rumah kita dulu takde longkang besar,
tiap kali hujan mesti banjir kawasan rumah aku,
selalu main air,
tangkap ikan puyu, laga dan macam2 lagi..

aku ingat lagi..
rumah kita dulu ada mcm2 pokok,
ada mempelam, manggis, kelapa, jambu air,
limau bali, nangka, keladi, pandan,
kunyit, daun kesum, kacang kelisa dan lain2,
aku ingat aku penah tanam kacang tanah dgn kak an,
dia tanam 2 biji dlm satu lubang,
aku tanam sebiji je,
pastu dia punye tumbuh subur, cepat je naik,
aku punya, hidup segan mati tak mahu.. tak aci!

aku ingat lagi..
kat rumah kita dulu ada surau sementara depan rumah,
selalu solat kat situ,
kdg2 malas pergi,
org sembahyang terawikh,
aku dok ngelat kat buai dpn rumah,
imam tu baca pjg sgt,
terketar lutut ni,
sekali tu kantoi dgn mak,
sbb bila dia blk tgk aku tido atas buai..

aku ingat lagi..
kat rumah kita dulu,
abah ajar kawan2 aku ngaji,
aku yg plg pandai,
aku dah bleh ngaji dorg baru alif ba ta,
kdg2 aku yg ajar dorg..

aku ingat lagi...
aku ingat lagi...
aku ingat lagi...


p/s: entry ni aku tulis masa rumah aku @ white house takde letrik smlm. teringat plak aku dulu takde api, air, hidup susah, tapi still aku rajin baca buku, smyg jemaah, ngaji quran, mcm2 lagi.. arini aku hidup agak senang, ada semua, tapi still malas, baca buku pun nak taknak, ngaji pun tak sempat, ada motor pun tanak g masjid jemaah..
sedih.. tapi aku dulu nakal jugak..skrg baik la sket..uhuk2! blk nanti aku nk mintak maaf kat pakcik mahmud. nk byr blk pensel picit yg aku "terambik" dulu..agak2 RM10 cukup la kut..

nanti nk bina rumah yg sempurna utk isteriku, untuk anak2ku, tanak bg dorg mandi air telaga mcm aku.. ku punya impian untuk bina "baitul-ihsan" untuk mrs K dan ibnu2 K semua.. isyaAllah..

Saturday, 21 June 2008

BERSIH?


aku sebenarnya tak pasti sgt nak tulis ape utk entry kali ni.. ada byk idea, tapi mcm tak smgt sgt..

(tula..aritu rajin sgt..) patut la dulu masa sahabat dtg jumpa nabi, tanya nabi, ok tak kalau aku khatam quran sekali sehari? kemudian nabi kata, takyah la skali sehari.. kurgkan sket.. stgh quran sehari ok la..biar sikit tapi berterusan.. tapi sahabat ni kata: tapi aku mampu ya rasullah.. aku tak rasa terbeban pun.. pastu nabi kata, nanti kamu tua nanti kamu tau la.. ditakdirkan Allah sahabat ni umurnya panjang.. kemudian dia dah rasa terbeban sbb nak khatam quran sekali sehari dah tak mudah mcm dulu.. dia kata: betul cakap nabi..kalau la aku ikut cakap dia dulu..

tu namanya istiqamah.. buat sesuatu dgn terus-menerus, tak ponteng, ya "berterusan!" ni perkataan yg plg baik utk istilah istiqamah ni. tapi aku bukan nak sentuh bab ni.. aku nk cakap bab kebersihan..??

aku ingat dulu.. aku slalu komplen org yg bg tazkirah boring bab kebersihan ni.. tak abis2 pasal kebersihan.. sbb aku rasa benda ni semua org tau.. tapi arini, aku sbg insan yg bosan dgr bab kebersihan ni sendiri akan ckp ttg perkara ni.. (kalau bosan btau..) *menguap*

terlintas dalam hatiku nk tulis entry yg "bosan" ni bila aku rasa penatnya kemas rumah. aku korbankan masa tidur ptg aku dgn kemas bilik, sapu, mop, dgn tangga2 skali aku balun. pastu aku cuci toilet. satu toilet tu aku berus. dinding, toilet bowl, semua aku sapu. last skali aku cuci sink kat luar toilet.. skrg nak baring tdo dlm bilik air tu pon boleh! haha. tapi bapak gile penat aku! (baru aku tau!)

masa aku kecik, mak aku marah tak kemas bilik, tak betulkn katil, (betulkan tilam n cadar) aku tensen je.. tak sapu rumah dia bising, bilik air kotor dia bebel.. baju kotor, kasut tak basuh, mcm2 lagi dia marah..pas dah kene piat telinga, baru la aku rela-terpaksa wat semua tu.. bila aku bersihkan semua2 tu td, teringat mak aku.. aku yg muda ni pun penat, dia yg ada arthritis, sakit pinggang, kaki tu lagi la.. tapi dia wat jugak kerja2 pembersihan ni sorg2..isk!

abah aku mcm sempoi sket. dia rilek je.. bukannya dia suke kotor..dia pembersih ok? cuma tak la cerewet sgt mcm mak aku..(org kata, org pompuan mmg mcm tu..) org kata.. aku dgr je.. dulu abah ada tulis satu buku bahasa arab yg bergambar.. tajuk dia "limaza ........ linnazhofatin nazhofah" yg dot2 tu aku lupa..haha. "nuridu" kot! sorry abah! :( maksud dia, kenapa kita kena menjaga kebersihan.. sesape yg tau bahasa arab tu meh isi tempat kosong..

aku dulu penah hafal ayat2 bahasa arab yg ada dlm buku ni. senang je.. antaranya:

"rajulun nazhif, rajulun nasyith"- lelaki yg bersih ialah lelaki yg rajin
"Allahun nazhif, yuhibbun nazhofah"- Allah tu bersih, Dia sukakan kebersihan
"annazhofatu lil-i'badah"- kebersihan itu satu ibadah

cukup2 la tu... aku tanak menunjuk.. (dah lupe byk! huuuu)
mcm2 lagi.. aku balik nanti nak baca blk la buku tu..

aku harap aku bleh istiqamah menjaga kebersihan ni.. bosan tak? ke ok je.. sbb aku pun dah ngntuk ni..haha!

p/s: -ni bukan entry untuk perhimpunan BERSIH tu k?
-tak sabar nak tunggu my dear dapat streamyx
-thanx to mak sbb mak rumah kita bersih