Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Monday, 9 August 2010

jom jadi zero

assalamualaikum

ni maybe entry terakhir sebelum aku tinggalkan bumi Allah manipal ni.

entry kali ni khas utk diri aku yg selalu lalai.

entry kali ni khas utk bg aku semangat utk sambut ramadan.

entry kali ni khas utk aku yg bakal jadi ayah insyaAllah.



kenapa nk jadi zero?
ape yg bestnye dgn zero?
takde nombor lain ke?
apa yg istimewanya dgn zero ni?

zero
kosong
sifar
0

dorg ni memiliki kelebihan tersendiri

contonya;
nombor ape pun, kalau darab dgn kosong = 0
kalau tekan kalkulator, korg bahagi ape je nombor dgn kosong = ERROR
kosong kuasa 2 ke, 3,4,5,...... = 0
0 tambah dgn nombor pape pun takde effect

menarik kan?

pernah dgr;
hati kosong?
fikiran kosong?
0% interest?

jom try;
hati aku 5 la..
fikiran aku 7 sekarang..
100% interest (takde sape nak)

org ramai tak suka zero, kosong, sifar, 0 ni;
aku nk duit berjuta2,
aku nk score gol 5 bijik,
aku nk kereta 5-6 buah,
10 cukup la,
at least 4000,
120 patah perkataan,
boss, 2 parota!
tinggi aku 170cm.

cuba tukar nombor di atas dgn 0.
pelikkan bunyinya?

kalau org guna pun, ada nombor lain teman
seratus=100
seribu=1000
baki bank kita pun tak 0 (unless tutup acc) tak kira baki dah tu.

sebab ape????
sebab zero, kosong, sifar, 0 ni;
tak best,
tak kaya,
tak macho,
loser,
nobita.

tapi kenapa nk sgt jadi zero ni?

sebab disebalik ketidakbestan 0 ni,

Allah letak something yg sgt special

time ni je kita macam nabi

kita dilahirkan zero

zero dosa.



jom jadi zero.

selamat menyambut ramadan
selamat beribadah

Saturday, 3 July 2010

gajah kecil gajah besar

f: eh nampak tak gajah tadi?
o: nampak.
aku: biasa la tu gajah, bukan dinosour.
f: tapi gajah tu besar ok
aku: mmg gajah besar pun, kalau kecik ni..(sambil tgn tunjuk besar kucing) baru pelik.
f: tp ni kat udupi
aku: aku hari2 tgk gajah, kaler putih, siap naik moto enfield tu.. (sorry wafa)
f: ...........

bukan salah nk btau ada gajah besar kat udupi.. tapi takyah la jerit satu bas. org lain pun nampak gak.. tapi dorg cool je.

teringat dulu2 kat sekolah ustaz pahmi mat zain penah ajar kitorg tauhid, sifat Allah 20 iaitu Qudrah. Allah punya kudrat bukan mcm kita yg lembik ni. (main bola 45min pun dah penat). Allah boleh buat ape sahaja yg dia nk (iradah). sbb power Dia tak boleh nak dibayangkan dgn akal kita ni. ustat pesan kat kitorg, kalau satu hari nanti, kamu jumpa benda yg org anggap pelik, contohnye kelapa bentuk segi empat, kamu rilek je ckp mcm ni "ape nk dipelikkan, Allah tu bersifat Qudrah".

so berbalik pasal gajah tadi, sepatutnye kalau gajah besar kucing pun aku tak perlu pelik, sbb aku tau qudrah Allah. lebih dari tu pun Dia boleh buat. kan?

tapi bukan la pulak kita tak boleh ckp pasal kebesaran Allah. kalau selitkan terkejut tu dgn memuji Allah kan bagus. "eh gajah, subhanallah besarnye...." kalau jerit cmni kan bagus. pastu bincang pulak, "eh gajah tu besarnye, kalau aku berdiri sebelah dia, lutut pun tak sampai kut. macam mana la kita depan Allah yg Maha BESAR nanti.. kerdilnya kita..."

nak diceritakan mcm mana nabi Allah musa nk tgk zat Allah, Allah kata, kalau bukit tu tetap keadaan dia sediakala, maka kamu boleh tgk Aku. elok je nabi musa tgk bukit tu, hancur luluh bukit tu masuk dlm perut bumi tak tinggal bekas langsung..

Astaghfirullah..
biarla kita kecik, umat nabi lain besar2, tinggi2, boleh tebuk gunung, kuat, tapi tak ikut nabi dorg. biarla kecik asalkan kita ikut jln yg lurus. umat yg paling kecik ni la yg masuk syurga dulu.. semoga kita tergolong dlm golongan tu. ameeen..

jgn kecik tapi besar kepala sudah. besar hati takpe.


Al-fiil (gajah)
[1]
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
[2]
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
[3]
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
[4]
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
[5]
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Wallahu a'lam

Wednesday, 23 June 2010

True Happiness Comes in a Life of Virtue

Calvin's a grossly misbehaving child, and no matter how he tries, he can't betray his nature. (tapi comey.. :P)

memang hati kita rasa seronok bila kita buat baik pada org lain..kn? bila org susah kita tolong, bila org sedih kita happykan dia, bila org masam kita buat dia senyum, kita belanja kwn kita mkn, walaupun duit kita habis, penat memasak, kita rasa best n berbaloi. dgn lihat org lain senyum pun hati kta akan ceria. at least, kita akan suka, walau tak sampai tahap gembira pun.

tapi biasa la lumrah manusia, bile tgk org senang, kita pun tumpang gembira, bila tgk org susah, dlm hati ni kdg2 ada rasa "syok". sbb tu kita boleh gelak, bila kwn kita jatuh, sbb mmg lawak. mmg ada perasaan kesian tu.. tapi bak kata org, 1st thing comes 1st. "gelak dulu, baru kita tolong". :) sbb tu peribahasa melayu kata, "tempat jatuh lagi dikenang", sbb kita kene gelak dulu.. mmg kenang sampai mati.. huhu.

bila kita buat jahat, kita rasa happy gak, camne tu? haa tu sbb setan dah mula racun kita. benda yg salah, kita anggap benda tu takde pape.. sbb dah biasa, sbb ramai org buat, sbb dari kecik kene didik mcm tu.. rujuk balik 2+2=5.

so, definition gembira ni mmg subjektif, lain org, lain caranye dia gembira.. menurut Aristotle:

“All human being seeks happiness, and happiness is not pleasure, honor or wealth, but an activity of the soul in accordance with virtue.”

dia tambah lagi:

happiness has a deeper meaning. It is not just having a luxurious life but rather it is about self fulfillment. Happiness comes with virtue. Virtue has two kinds: Moral and Intellectual. Moral virtue comes from training and habit while intellectual virtue is found in the activity of reason and contemplation. Intellectual virtue is said to be producing the most perfect happiness.




so, mungkin kegembiraan yg kita cari atau kecapi selama ni.. kurang tepat. nk rumah besar, kereta besar, kaya raya, hidup senang, semua org suka kita, semua tu tak salah.. kalau semuanya mengharapkan mardhatillah.. meh kita tengok sahabat nabi:

Insan contoh yang difahami oleh para sahabah ialah insan yang menghimpunkan antara dunia dan akhirat, antara hak dirinya dan Tuhannya, antara meningkatkan ruh dan berkhidmat kepada masyarakat, antara menikmat nikmat dunia dan bersyukur kepada Allah Ta’ala, antara beribadah dan berjalan serta bertebaran atas muka bumi mencari kurniaan rezekiNya, yang berkerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beramal untuk akhirat seakan akan mati esoknya”




Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan

Bila sakit tiada resah di jiwa
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan


Ingatlah firman Allah:

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). al insan:12

p/s:
  • entah la, i think i wrote this entry not in a proper manner. no rapport at all..main sumbat je. hilang touch org kata. :'(
  • petang ni nk pergi lari kat end point laju2. harap kaki ni kuat! :P

Friday, 26 June 2009

akhirnya...

setelah berkurun lamanya.. akhirnya skin blog ni tertukar jugak akhirnya.. haha.
aku tak pandai wat sendiri.. template asyik sama je.. buhsan sungguh! last kali aku balun je la..

sempena bulan rejab ni.. aku pilih kaler putih. semoga hati aku n korg2 semua semakin putih..
jom puasa jom!

pantun untuk korg:

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Hari ini hari jumaat
Hari esok hari sabtu
Sekarang ni aku dah terlambat
Aku chow dulu!

p/s: selamat berejab semua!


Saturday, 30 May 2009

2+2=5

aku tak boleh tido pulak. tadi bukan main ngantuk lagi.. exam next week byk gile nk baca. esok aku ada forum pulak. aku tak prepare pape langsung. tapi nape tak cuak ni.. aku perlukan kecuakan untuk tumpu n boleh study non stop ni.. aku cuba belek2 past year question di malam yg hening ni. sambil aku main2 kuiz kat facebook ni.

aku try wat kuiz radiohead ni.. yeye..aku ustad rock yg dgr lagu metallica and radiohead ok? korg je tataw..(but she knows me well). so, ni resultnye:

Khalis took the What Radiohead Song describes you best? quiz and the result is 2+2=5

aku ingatkan aku dapat paranoid anroid. sbb aku tetibe plak rasa lagu tu masyuk habis. aku cuba sedaya upaya jwb bg dapat lagu tu, tapi dapat lagu ni plak..haha. ok la kn? kn? err..ke tak ok?

pas tgk video ni aku rasa best plak lagu ni..radiohead mmg suke wat lagu pelik2 haha. 2+2=5 ni sebenarnya ada ditulis oleh George Orwell dalam buku dia Nineteen Eighty-Four. ada org kata ni macam agenda komunis utk ubah pemikiran rakyat. ada kata, ni satu bentuk penindasan/torture utk bg kita terima satu teori@penyataan yg salah. kalau bg aku, ni macam kita umat islam, yg tertipu dgn agenda musuh2 kita. benda yg kita tau salah, tapi kita terpaksa or tak boleh lari or mmg dah seronok sgt buat. yg akhirnya benda tu akan melemahkan diri kita sendiri. nabi kata, kita akan ikut dorg ni sampai masuk dlm lubang biawak. padahal kita tau bahaya lubang biawak ni..




tgk video ni, babi tu sekor je, kemain byk lembu tapi takut dgn babi sekor. padahal lembu ada tanduk. tapi semua takut.. tatawla kalau babi ni ada virus H1N1 pulak kan? macam biasa dgr je ramai tapi takut/lemah/kalah.. bukan ni ke?--->nabi kata, umat islam ni byk, tapi mcm buih di lautan... sedihkan?

tapi ada org kata, 2+2=5 ni utk tanak bagi kita objektif sgt.. kalau dlm pharmac pun, ada istilah synergism and antagonism. 2 ubat bile gabung boleh bg effect baik punya, kadang2 gabung 2 boleh jadi takde effect or increase A/E plak..

fikirkan...

Friday, 28 November 2008

Mumbai terror

bandar bollywood, Mumbai diserang. seramai 101 org terbunuh dlm serangan yg didalangi oleh terrorist ni.. sampai skrg masih berlanjutan tembak-menembak dan bom-mengebom. i hope everything will be ok as soon as possible.

gambar di sekitar tempat kejadian:




siapa yg serang? siapa yg terrorist sebenarnye?

"The attacks were claimed by a previously unknown group calling itself the Deccan Mujahideen in an e-mail to news organisations. Deccan is an area of southern India."-yahoo.com

aku sgt tak sukakan keganasan, terrorist, kezaliman dan mcm lagi. tapi aku lagi tak suke bile dorg yg bangang ni.. guna nama ISLAM, JIHAD, MUJAHIDEEN dlm melakukan keganasan ni.

1)islam itu cantik, peace. tapi sbb korg bangang sgt.. org dah anggap islam itu kotor, terrorist.

2) jihad tu jln menuju syurga, cita2 tertinggi bagi setiap umat islam. tapi ko gunakan tu utk bunuh org awam. bom sini sana. kalau time nabi n sahabat berjihad dulu, pokok pun dorg tak tebang. ni apetah lagi bom! cek balik cara2 berjihad!

3)mujahideen tu ialah org2 yg berjihad. "aiz a'zizan au maut shahidan" sama ada ko menang dgn bergaya ataupun ko mati shahid. tu dia mujahideen. tapi kalau dah wat lagu ni, menang pun org nyampah+nyumpah, mati pun mati katak.

penat je org kat lua sana, ustaz2, ulamak2, pemimpin islam sibuk nak hapuskan islamophobia.tiap2 hari cuba nak bagitau org kafir ni, islam itu indah, best, peace. tak sukakan keganasan, tapi kerana ke"pandai"an korg ni, sia2 je usaha dorg ni. silap2 orrg yg nk masuk islam pun tak jadi sbb tgk korg.

pasni makin teruk la umat islam dicerca, org yg pakai tudung dipandang "slack", yg rumah kene baling batu, anak2 nk g sekolah tak boleh. byk lagi ah. kalau kat msia ok lagi. kat india ni? kat uk nun? ce korg fikir sampai la ni, umat islam ditindas. iran nk wat projek nuclear utk electric dorg pun US dah kata nk wat bom atom utk terrorist. korg punya pasal la(contoh).

aku tataw la ni propaganda yahudi ke tak, mana tau dorg saje nk burukkan nama islam. ada gak kemungkinan tu. tapi aku ttp tak suka bila gunakan islam, jihad, mujahideen atau apa2 je yg berkaitan dgn agama yg suci ni utk keganasan.

aku tau semangat korg tinggi utk berjihad, aku tak halang, entry ni pun bukan khusus untuk kamu.. tapi aku nk kamu ikut je cara nabi berjihad. nabi tu org 1st masuk syurga. jihad ni jalan ke syurga, tapi kalau tak ikut leader btol2, silap2 boleh melencong ke neraka. nauzubillah

aku kagum semangat korg utk berjihad. aku harap aku akan ada kekuatan utk berjihad. semoga kita semua tergolong dlm gol yg confirm msk syurga ni. wallahua'lam. semoga mereka yg benar2 berjihad mendapat syurga Allah. ameen.

"aljihadu sabiluna, almautu fi sabilillah asma amalina"

ajar anak korg lagu di atas.. nak lirik penuh mintak kat aku.

p/s: pls note the "Quote of the Day" column on the top right. updated everyday!

Saturday, 8 November 2008

if i were a boy...(tapi aku mmg lelaki)

dah 2 post dah aku merepek..(tgk entry sblm ni).arini aku tanak merepek dah.. aku dah jumpa benda menarik utk dikongsi bersama..^_^

thanx to beyonce for a great song..



I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I’d be a better man
I’d listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he’s taken you for granted
And everything you had got destroyed


selalunya kita(lelaki) akan:
kata pompuan cepat terasa..
kata pompuan cepat merajuk..
kata pompuan tak memahami..
kata pompuan cepat jelous..

yg sebenarnye kita yg tak fhm...
kalau dia buat benda yg sama kat kita, mesti kita akan rasa marah, merajuk, jelous etc2..kan2?
pastu mula la kita mengamuk.
(baru tau camne rasenye)

korg2 yg jantina lelaki tu,
yg dlm ic ada "bin" tu,
yg ada janggut misai tu,
yg ada kromosom Y tu,
baikla korg sedar cepat2,
sebelum korg nyesal..

aku tanak jadi mcm laki dlm video tu. tu laki bodoh!

aku akan jadi lelaki yg memahami,
aku akan jadi bestfriend yg sporting,
aku akan jadi boyfriend yg ambil berat,
aku akan jadi tunang yg best!
aku akan jadi suami yg soleh, yg setia, yg romantik, yg syg isteri dan anak2, yg takkan berfoya2.

ameen....

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
-Ar-ruum ayat 21-

to my dear darling,
i will be a better man
i will never hurt your feeling
i will be your sunshine
i love u with all my heart, my body and soul.
i will eat if u cook for me
i will spend more time for u
u know that i love football. but i love u even more! :p

p/s: aku tanak isteri aku nanti nyanyi lagu ni kat aku satu hari nanti..

Tuesday, 1 July 2008

karma

Karma police
arrest this man,
he talks in maths,
he buzzes like a fridge,
he's like a detuned radio.

Karma police
arrest this girl,
her Hitler hairdo
is making me feel ill
and we have crashed her party.

This is what you get,
this is what you get,
this is what you get,
when you mess with us.

Karma police
I've given all I can,
it's not enough,
I've given all I can
but we're still on the payroll.

This is what you get,
this is what you get,
this is what you get,
when you mess with us.

For a minute there
I lost myself, I lost myself.
Phew, for a minute there,
I lost myself, I lost myself.

For a minute there
I lost myself, I lost myself.
Phew, for a minute there,
I lost myself, I lost myself.
karma police by radiohead!!
percaya tak hukum karma? yg mana dlm bahasa mudahnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.. kalau agama hindu tak silap aku, siapa yg mati, akan dihidupkan blk sebagai binatang atau org, mengikut amalan dia.. kalau smpai tahap tertinggi, dia bergabung dgn tuhan, kalau slalu buat jht, nti dlm kehidupan akan dtg, dia akan hidup susah, muka buruk, ecetra2... (kalau salah betulkan).

tu dorg la kan... kita pun Allah dah ingatkan dah, yg kita ni akan hidup blk.. dan kita akan dapat balasan yg setimpal dgn amalan kita.. kalau kita baik, ikut ckp Allah, ikut ckp nabi, dlm kubur nanti akan diluaskan utk kita seluas mata mata memandang, kat pdg mahsyar plak akan dimudahkan hisab kita, pastu masuk syurga..kalau degil, jahat plak akan dibalas sebaliknya..

Isaac Newton. mamat yg jumpa adanya graviti ni ada wat satu teori (byk teori sbnrnye).. teori yg kita panggil "newton's law" kalau kita tgk betul2 newton's 3rd law ada sebut pasal hukum karma ni..

"All forces occur in pairs, and these two forces are equal in magnitude and opposite in direction
."

In other words "For every force there is an equal, but opposite, force". kalau kita tafsirkan law ni ikut hukum karma= setiap perbuatan tu, akan ada perbuatan@ balasan yg setimpal dgnnya..

contohnya: bila kita mengumpat seseorg, pasti akan ada org ngumpat kita sedar tak sedar. kalau kita kutuk org, mesti ada org yg kutuk kita. kalau takde, haaaa nanti Allah@malaikat semua kutuk kita----->azab kat akhirat.

tapi bila dalam bab buat baik ni, lain pulak. sbb nabi kata, kalau kita bg satu, kita akan dapat sepuluh! wow! byk tu! 1 huruf quran tu dikira sepuluh amalan, setiap amalan= 10 pahala. baca alif lam mim je dah dapat 3x10x10=300. tapi jgn plak korg baca alif lam mim je..sambung la sket, bg byk!

aku amalkan bendalah karma ni dlm bab baca2 msg org kat hp. sbb aku tanak org baca msg aku kat hp, aku tak baca msg kat hp org lain. berkesan! cube try! tapi korg try yg mantap sket la, korg blanja aku makan, insyaAllah ada la org lain akan blanja korg plak! haha! betul! kalau takde, nanti Allah blanja korg mkn makanan kat syurga. tak rugi kan?

meh aku mula cerita blk...

aku pernah 2-3 kali tumpangkan tempe, sorg nak g end point masa aku nak main bola, tapi sian kaki dia sakit sbb tahan nk terjatuh dr motor aku. sorg nk g main kriket, sorg lagi nk g masjid smyg jumaat..

nak dijadikan cerita.. aku teroverslept tgh hari td.. terovernap sebenarnya.. pastu kelam kabut bile jam dah menunjukkan pukul 13:55, dahla kelas dr UK pukul 2 ni.. mampus aku kalau dtg lmbt. dgn pantas aku siap2, pakai raincoat dgn mantapnye, pastu aku keluar rumah. sempat ekor mata aku tgk motor arep yg berlalu pergi.. ape lagi, aku pun nak la merempit jugak dgn vespa merah aku. sampai je kat motor, seluk2 kocek, tgk kunci motor takde.. aaaah sudah! pintu rumah aku dah la automatic lock. white house la kata kan..security mesti no1!!haha

dalam kepala aku ni dah terbayang dah yg aku terpaksa escape kelas petang td.. dah la no auto pun aku takde.. aku saje la tgk kat jln kut ada budak2 ni yg lalu dpn rumah aku.. tapi haram takde, kecewa aku...(aku bleh dgr din dgn arep gelak kat blkg). tapi ditakdirkan Allah, ada sebuah kete lalu, driver dia seorg pompuan cun tahap bolywood, buka pintu n tanya aku nak g mana..(imiginasi aku je ni!!) yg betulnya, ada kete lalu, dan aku cuba la nasib mana tau tempe ni nak berenti. tgk2 betul dia stop. dia bukak kunci dan suruh aku masuk. aku ckp la nk tumpang g interact. kunci tinggal dlm rumah, mmmc..scholar student..rm 300,000 bla2...akhirnya aku sampai kat interact dgn selamatnye tak kena taya dg UK, takyah byr auto, tak kene ujan...karma kan?

p/s:- cerita aku ni nak galakkan korg buat baik je...
-aku tak pandai sgt karma2 ni..korg betulkan la mana yg patut.
-aku expect dlm minggu ni adala mamat mana2 nak blanja aku makan. haha!
-radiohead mmg best! thanx to my dear 4 explaining what the lyric means long time ago..(miss that time)

Friday, 27 June 2008

Nyanyian angin

Jiwa raga terpaksa kuserahkan
kepada asap, wap dan kabus
Yang ku kumpulkan dengan suatu tenaga akhir
Dengarkanlah nyanyian sepi ini
Kerana mentari terlampau cemburu
Dengan kehadiranku

Hidup ini akhirnya berhajatkan perpisahan
Kerana kekeidlanmu sebagai insan
Balada demi balada kau pun tahu
Seorang anak muda yang benar-benar jujur
Sering dipersendakan umur
Kasih sayang orang tua yang tetap tidak
luntur
Kekandang memperagakan mereka sebagai
diktator
Jika kau merasakan hidup ini seperti ulat
yang rindukan kebebasan
Ingatlah sayap kekupumu telah patah
disaat kau menerima secara sukarela
kelembutan sutera

Jika awan terlampau berat
untuk bumbung rumahnmu
Panggilah angin, serulah bumi,
nanti kau akan rasakan
kemanisan hidup menabur budi
Tapi ingatlah tanah yang kontang
kekadang lebih elok dibiarkan kontang
kerana sini juga membutuhkan keadailan

Berbicalah, jangan mendakwa
kerana nilaimu masih di neraca
kerana hidup adalah kemewahan pemberian
Bertelitilah dalam sedekahmu
tapi kau harus berani mencabar
walaupun itu bermakna kau harus membakar
secebis surat cinta
kerana Tuhan lebih dekat
dari urat batang lehermu

Aku datang kepadamu
Dari suatu perjalanan berdebu
Dimana senyuman terpaksa ku kumpulkan
Dari asap, wap dan kabus
dengarkanlah nyanyian sepi ini seketika
kerana aku terlampau cemburu
akan ketibaan senja

~dipetik dalam novel memeluk gerhana-isa
kamar i~