Saturday, 26 March 2011

hero: episode 1

dalam byk2 heroes, hero mana paling hero?

kumaresan: dey, amitha bachan
ah chong: wong fei hong
black widow: spiderman! makcik dah lama menjanda
clerk: superman la beb, dia boleh terebang
kluangman: batman. abg saya tu
rosmah: najib, sbb dia la sy berkuasa haha
peminat csi: horatio (time dia ckp smbil pegang spek)
hiro nakamura: saya!

masing2 ada hero masing2. list ni takkan habis sbb korg ada opinion yg random dari komputer otak korg yg canggih manggih tu. tapi aku nk share dgn korg hero zaman sekarang!

"Mada ikite iru imu!" - hiro nakamura

jgn menyampuk, dgr dulu, ko tak cukup hero mcm org yg aku nk cite ni.. dorg ni satu kumpulan yg tak popular langsung, nama dorg pun aku tak tau, jumlah sebenar dorg pon aku tak tau. tapi kalau bukan keheroan dorg ni, mungkin something bad will happen. ops not bad, without them, disaster will happen.

ladies n gentlemen, i give u FUKUSHIMA 50. (gambar korg google sendiri, dah reveal dah)

penah dgr pasal tsunami kat jepun? tau tak sape yg reka bangunan anti gempa bumi? haaa bukan dorg ni.

dorg ni sebenarnya pekerja kat nuclear reactor yg terbakar kat jepun tu. jumlah dorg yg sebenar ada 300 lebih, tapi dorg lebih dikenali sbg fukushima 50 sbb dorg bekerja bergilir2 in a group of 50. dorg sanggup stay kat situ sedangkan org ramai lari tinggalkan kawasan tu.

tau tak korg yg dorg terima radiasi 10 000 kali ganda daripada org lain?
tau tak korg yg ada daripada dorg yg dah terbakar sbb cuba nk sejukkan loji nuclear tu?
tau tak korg yg radiation tu boleh sampai kat UK dlm masa 2minggu, tapi tak smpai2 lagi sbb usaha diorg?
tau tak korg yg radiation dorg kene ni boleh inherit kat anak2. cucu cicit dorg?

tapi dorg cool je, berani lwn benda yg dorg tak nampak, tak boleh nak halang, cuma boleh pki baju n mask yg kalis radiasi je, tu pun belum jamin 100% khalis.

kita yg kat malaysia ni, jauh lagi, dah cuak kalau ada radiation dlm hujan, dlm seafood. cuba bygkan dorg camne.

tabik habis. kalau boleh, nak shake hand tgn dorg sorg2. tu pun kene pakai glove kot, takut radiasi.. :p

moga2 dorg2 ni akan berjaya sejukkan rector nuclear tu n dorg sehat2 belaka insyaAllah. kalau dorg islam, mati pun mati syahid, kan best. kita kene ada semangat mcm dorg ni, baru mantop.

apa2 pun, FUKUSHIMA 50, korg mmg hero!!


eh ape? malaysia nk wat reactor nuclear? letupan C4 pun tak settle lagi, stadium pun runtuh, syiling pun bocor, nuclear????

Friday, 11 March 2011

hati meluah2

luahan hati seorg ibu:

"makcik nak balik, bila boleh keluar ni doktor?"
"saya ni student lagi makcik, yg tu kene tanya doktor besar."
"susah kat sini, nk semayang pun tak boleh, nk ke bilik air nurse tak bg, nk telekung pun dia tak bagi."
"takpe makcik, makcik boleh amik tayamum, takyah guna tanah, tekap je kat dinding ke memana yg makcik sampai."
pagi tu aku aku habiskn masa clerking dgn ngajor makcik tu nak smyg cara org sakit.

terpandang aku kat file dia, tinggal kat rumah kebajikan makcik ni, aku pun saje tanya, anak makcik bape org? 9 jawabnye. eh sama macam saya. dorg ape cite? (nyibuk je nak tau) ntah mana makcik tau, makcik masuk sini sorg pun tak dtg jenguk. (dekat 2minggu dah). saya tgk file tu kata makcik dok umah kebajikan, sape hantar? dulu makcik sakit, pastu bila sehat takde sape nak amik makcik balik.

bape laki, bape pompuan? semua pompuan jawabnye. dulu ada anak makcik sorg tu, dia sorg je yg baik. jaga makcik. tapi dia dah mati la pulak. yg tinggal yg jahat n tak guna je. bila ada anak baik, menantu pulak jahat, menantu baik, anak makcik pulak tak suka, marah dia baik sgt dgn makcik. anak makcik yg sorg tu, yg baik tu memamng makcik doakan dia selalu. yg lain makcik doakan tak selamat mereka.

gulp. telan air liur aku dgr. makcik tak elok camtu, nabi dulu kene baling batu, najis, tapi dia still doakan yg baik2. makcik doakan la semoga Allah lembutkan hati dorg, bagi dorg jadi baik, sedar salah dorg.

tanak! makcik doakn dorg semua tak selamat.

byk kali aku try, tapi jawapan dia still sama. "makcik doakan anak makcik yg sorg tu je, tiap kali smyg tak penah lupa" ...............................

esoknye bila aku dtg, dia dah discharge, smlm katanye, ada sorg cucu dia nk amik. tak tau la
wallahua'lam.

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]


Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]


luahan hati seorang ayah:

ermm.. kenapa baby's room/ nappy room/ changing room/ baby's washroom mesti ada sign "female only" "males are not allowed". ini satu diskriminasi! kami kaum adam pun nak jugak tukar lampin baby kami. takkan nak tukar kat tepi jalan, kedai makan. kalau laki tu kua dgn baby dia je, takde mak nye? kalau single dad? kalau feeding room exclusive utk women je faham la. ini tak adil! aku nak tubuhkan brothers in islam. perjuangkan hak lelaki. mid valley, pyramid, subang parade take note. klcc ok kut, sbb tak nmpak pun sign tu. ke aku je yg balun masuk. :p

Thursday, 10 February 2011

oren

they said "an apple a day, keeps the doctor away"
but i don't want apple
i want orange


lots of oranges


hidung saya dah jauh berlari, dari pagi tadi dia marathon.

Monday, 7 February 2011

wols

i like to be fast
but fast is not always good
some times i need to slow down
i learned a lot this time
take a deep breath
enjoy every moment
be patient
think next move
gain strength
build confidence
do it

Sunday, 16 January 2011

24

u are so beautiful

i wish i could
see your face

see your smile
feel your warm hug
kiss your cheek
tell u all the stories

i wish i could
remember calling u "mak"

identify u without looking at the picture
tell how much i miss u


today im 24
thank u mom, happy birthday
may Allah place u together along with His lover

Sunday, 24 October 2010

untuk kamu, aku dan dia

masih awal
masih mentah
masih muda
untuk kamu, aku dan dia

bermula dari sebesar beras
menjadi degupan deras
biar gerakmu terbatas
mengukir hati sebersih kapas
manis senyummu terhias

sudi aku menjadi malammu
menyelimuti lenamu
sudi aku menjadi bintangmu
menyinarimu selalu
sudi aku menjadi siangmu
untuk kau penuhi hidupmu

cemburu aku pada masa,
pada tempat
pada manusia
yg mendampingimu

masih awal
masih mentah
masih muda
untuk kamu, aku dan dia

masih banyak yg belum lalui
masih panjang jalan ini
masih jauh untuk ke destinasi
liku2 dan duri2 akan senantiasa menanti

untuk aku, kamu, dan dia

hari ini kamu rasa sakit
hari esok kamu rasa apa itu pahit
lusa kamu takut kamu pelajari

sedih, pedih akan menjengukmu
malu dan pilu takkan lupakanmu
tak kira kamu senang ataupun girang

dirimu akan terluka
dicaci dihina
hatimu jua

tapi kamu ada aku dan dia

sekarang kamu rasa manis
nanti kamu rasa apa itu cinta
kemudian hadirnya bahagia

dikala kamu gembira
mula berjaya dan kaya
kacak dan bergaya

musuh utamamu akan menggoda
begitu juga nafsu durjana
yang ingin menelan dunia
walaupun mampunya hanya sepinggan
tapi ingatlah kamu tidak keseorangan

kamu ada aku dan dia

akan digagahkan segala usaha
akan dicuba hingga berjaya
tanpa lelah dan gelisah
dihirau susah dan payah

biarpun
masih awal
masih mentah
masih muda
untuk kamu, aku dan dia

untuk kita, ada tuhan yang maha perkasa


*******************************************************************************

happy 1st month birthday my dear hanzalah
may u become a warrior of ad-deen and hero ayah n ibu

anak ayah 1 bulan :)

Wednesday, 8 September 2010

4 in 1

kisah 1:
aku dlm perjalanan nk amik wife aku dari keje, nk dgr ikim, tapi tiap kali aku buka asyik2 iklan je (hilang minat nk dgr), ada je produk baru la, itu la. so aku try dgr hot fm. Dj dia kata, kawan2 muslim dia puasa, (dia cina). so dorg pesan kat dia, kalau nak makan or minum, jgn la depan kitorg. Dj ni jawab, kalau tak btau camtu pun, dia takkan makan or minum depan kwn2 yg tgh puasa. "even im not fasting, it doesnt mean i dont care."

wa caya sama lu!


kisah 2:
aku ingat X dah berubah, aku ingat lepas aku marah n ckp pjg lebar tu, at least X jgn la ulang dah benda yg sama. mmg ada kebenaran ape yg X cuba sampaikan.. tapi kalau tak berhikmah, menyakitkan hati, sape mau ikut? nak suruh org hormat X? ingatlah, "respect is earned, not demanded" walaupun X tua, perangai tu biarlah sesuai dgn umur, jgn la bersikap kebudak2an. aku terdiam bila dpt tau ape yg X buat. tataw nk respon ape. rasa kecewa, marah, malas dah nk layan X. mungkin aku pun kene baiki diri..


kisah 3:
aku berbuka puasa dgn ex-boss wife aku, tgh2 mkn tu, dia tanya, is it true that we (non-muslim) cannot enter masjid? paper said, She is dirty, is it because she is a non-muslim, or because She is a woman? when i was a kid, we always enter masjid, playing in there, nobody tell us that we cannot enter the mosque. at my hometown, chinese people take wedding photo in the mosque, because that is the most beautiful building in my place. so can or cannot we enter masjid?

it depends on what party u are.


kisah 4:
aku tgh semayang terawih yg terakhir utk thn ni. aku solat sebelah budak laki kecik yg pakai baju tidur kaler putih, budaknye tembam2 n ayah dia ada kat sebelah lagi satu. dlm solat tu, ada sujud sejadah, bila bagi salam, dia tanya ayah dia, tadi kenapa kita terus sujud? ayah dia cool je jawab, cuba nak bg anak dia faham. pastu budak ni tanya, kenapa lepas bangun imam tak baca alfatihah? sekali lagi ayah dia cool je jawab nak bg anak dia faham. aku agak kagum dgn budak tu, kesediaan dia utk solat terawih (tak mcm bdk2 lain yg main kat blkg). kesungguhan dia utk tanya benda yg dia tak tahu, n cuba faham apa yg ayah dia terangkan. abis je rakaat 8, aku salam budak tu, dia cium tgn aku, oh budak yg takde dosa cium tgn aku. rasa tak layak je tgn ni utk dicium.. aku doa budak ni jadi org yg soleh. nak jadi cool mcm ayah dia.
rabbi habli minas solihin..



selamat menyambut aidil fitr.