Saturday, 3 July 2010

gajah kecil gajah besar

f: eh nampak tak gajah tadi?
o: nampak.
aku: biasa la tu gajah, bukan dinosour.
f: tapi gajah tu besar ok
aku: mmg gajah besar pun, kalau kecik ni..(sambil tgn tunjuk besar kucing) baru pelik.
f: tp ni kat udupi
aku: aku hari2 tgk gajah, kaler putih, siap naik moto enfield tu.. (sorry wafa)
f: ...........

bukan salah nk btau ada gajah besar kat udupi.. tapi takyah la jerit satu bas. org lain pun nampak gak.. tapi dorg cool je.

teringat dulu2 kat sekolah ustaz pahmi mat zain penah ajar kitorg tauhid, sifat Allah 20 iaitu Qudrah. Allah punya kudrat bukan mcm kita yg lembik ni. (main bola 45min pun dah penat). Allah boleh buat ape sahaja yg dia nk (iradah). sbb power Dia tak boleh nak dibayangkan dgn akal kita ni. ustat pesan kat kitorg, kalau satu hari nanti, kamu jumpa benda yg org anggap pelik, contohnye kelapa bentuk segi empat, kamu rilek je ckp mcm ni "ape nk dipelikkan, Allah tu bersifat Qudrah".

so berbalik pasal gajah tadi, sepatutnye kalau gajah besar kucing pun aku tak perlu pelik, sbb aku tau qudrah Allah. lebih dari tu pun Dia boleh buat. kan?

tapi bukan la pulak kita tak boleh ckp pasal kebesaran Allah. kalau selitkan terkejut tu dgn memuji Allah kan bagus. "eh gajah, subhanallah besarnye...." kalau jerit cmni kan bagus. pastu bincang pulak, "eh gajah tu besarnye, kalau aku berdiri sebelah dia, lutut pun tak sampai kut. macam mana la kita depan Allah yg Maha BESAR nanti.. kerdilnya kita..."

nak diceritakan mcm mana nabi Allah musa nk tgk zat Allah, Allah kata, kalau bukit tu tetap keadaan dia sediakala, maka kamu boleh tgk Aku. elok je nabi musa tgk bukit tu, hancur luluh bukit tu masuk dlm perut bumi tak tinggal bekas langsung..

Astaghfirullah..
biarla kita kecik, umat nabi lain besar2, tinggi2, boleh tebuk gunung, kuat, tapi tak ikut nabi dorg. biarla kecik asalkan kita ikut jln yg lurus. umat yg paling kecik ni la yg masuk syurga dulu.. semoga kita tergolong dlm golongan tu. ameeen..

jgn kecik tapi besar kepala sudah. besar hati takpe.


Al-fiil (gajah)
[1]
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
[2]
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
[3]
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, -
[4]
Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, -
[5]
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


Wallahu a'lam

2 comments:

qamarus said...

terbaik post ko. sempat jugak tu...

S A D I Q U E said...

hehehe. smart smart. tapi si f tu aku rase takde niat pon. dah nature dier mmg camtu. ( sangka baik sangka baik ) :p