Tuesday, 1 June 2010

ini duit ana yg punya!!! (pale otak ko)

muqaddimah:
ekonomi malaysia makin teruk, sime darby rugi, blok petroleum bagi saje kat brunei, pelabur asing takut nk dtg pasal politik tak stabil, jenayah makin byk, judi dihalalkan, subsidi nak dikurangkan, jam kat kl takde kesudahan, lrt n komuter semput mcm kuda tua, bas usah cite la.. hiburan banyak, harga barang makin naik, kakitangan kerajaan tak dapat bonus pun, yg petani, pekebun, nelayan ape cite? "aku hidup pun tak mewah, mana ada duit nk bg kat org.."

isi:
semalam tgk jap rancangan kat tv pasal org2 kaya kat europe. mmg kaya sgt. rumah, kete, baju, makanan.. but im sure they have their own foundation untuk tlg org2 yg susah.. walaupun kita tgk dorg ni belanja mmg membazir tahap gaban. (dorg tak tau makna zuhud, membazir saudara syaitan etc2)

meh kita tgk pulak sahabat nabi yg kaya raya. abu bakar, uthman, khadijah, abdurrahman bin auf, tgk mcm mana mereka yang kaya raya ni gunakan kekayaan dorg utk tolong agama Allah.

nabi tanya sape nk beli perigi air dari yahudi utk org islam, uthman cepat2 g beli. masa perang tabuk, umar bg separuh harta dia, abu bakar bagi semua! dia kata, "aku tinggalkan anak n isteri aku pada Allah". hamba2 islam, yg tua2 dibebaskan, siap jadi asbabun nuzul ayat quran lagi.

kita?????????????????

penutup:
dah hidup senang nanti jgn lupa tuhan, jgn lupa org miskin. setiap duit kita tu, ada hak org miskin dalamnye.. tak cukup dgn zakat fitrah yg korg bayar tiap2 kali raya tu.. jgn tunggu kaya baru nak sedekah. tgh student pon boleh sedekah.. mmg la senyum tu sedekah.. tapi takkan nak senyum je sampai bile2. masuk syurga tau org yg sedekah dgn tgn kanan, tgn kiri dia tak tau.jgn la gi amputate tgn kiri lak..(ok tak lawak!)
bagi je.. ikhlas tak ikhlas tu Allah yg tentukan..

selingan:


With the global recession and the declining Yen, Mrs. Godzilla found it hard to feed seven flaming mouths on a meager monster’s salary.


gambar kartun yg comel, camne la dia nak feed 7 ekor anak dia dlm ekonomi yg teruk ni..

insyaAllah.. org kata rezeki anak.. Allah tu kan maha pemurah n maha penyayang.. :)


p/s:

-entry yg kelam kabut.. nak exam esok. good luck guys!
-fadhilat sedekah akan menyusul kemudian. or korg google je dlu..
-pedulikan tajuk yg merepek tu...

Sunday, 30 May 2010

sepohon kurma di syurga

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Abbas ra berkata: Ada seorang mempunyai kebun kurma, dan ada pohon kurma yang dahannya condong ke rumah orang miskin yang ada di samping kebun itu sedang orang miskin banyak anaknya, maka bila tiba yang punya kebun itu langsung masuk ke rumahnya untuk memungut buah kurma yang jatuh di rumah itu, dan ada jika diambil oleh anak-anak orang miskin langsung dirampas bahkan jika telah dimakan dimasukkan tangannya ke dalam mulut anak untuk mengeluarkan sebiji kurma yang akan ditelannya.

Maka pergilah orang miskin itu mengadu kepada Nabi saw. dan memberitakan perbuatan pemilik kebun. Maka Nabi saw. bersabda kepada si miskin: "Kembalilah anda", dan Nabi saw. pergi menemui pemilik kebun itu, lalu berkata kepadanya: "Berikan kepadaku pohon kurmamu yang cabangnya di rumah si fulan itu, dan untuk gantinya aku jamin bagimu pohon kurma dalam surga".

Jawab orang itu: "Engkau telah memberikan imbalannya tetapi aku sangat sayang karena buahnya sangat baik, bahkan aku mempunyai banyak pohon tidak ada satu pun yang buahnya menyamai pohon itu".

Maka ditinggal oleh Nabi saw. karena orangnya tidak mahu memberikan kepadanya meskipun ditawar dengan pohon kurma di surga Ketika Nabi saw. kembali diikuti oleh orang yang mendengarkan percakapan Nabi saw. dengan pemilik kebun kurma, lalu bertanya "Ya Rasulullah jika aku dapat mengambil pohon kurma itu lalu aku serahkan kepadamu, apakah kau dapat menjamin untukku satu pohon kurma di surga?". jawab Nabi saw.: "Ya"

Maka orang ini langsung pergi menemui pemilik kebun kurma itu. Tiba-tiba-pemilik kebun itu berkata: "Saya ditawari oleh Muhammad saw. pohon kurmaku yang condong dahannya ke rumah orang yang di sebelahnya itu akan ditukar dengan pohon kurma di surga, lalu saya Jawab: Kau telah menawarkan kepadaku itu, tapi saya masih sayang karena buahnya yang istimewa". Maka menanya orang yang datang itu, "mungkin anda akan menjualnya"? jawabnya: "Tidak kecuali saya diberi sesuatu, tapi saya kira tidak mungkin aku akan mendapatkannya".

Maka ditanya oleh orang itu "Apakah yang anda minta?" jawabnya "Empat puluh pohon kurma". Maka dikatakan oleh kawannya: "Luar biasa permintaanmu, satu pohon minta ganti empat puluh pohon".Kemudian diam keduanya tidak bicara sejenak, lalu berkata kawannya:"Saya akan memberi padamu empat puluh pohon".

Berkata pemilik pohon: "Jika anda benar akan menukarnya dengan empat puluh pohon mari cari saksi", maka ia pergi memanggil beberapa orang lalu berkata kepada mereka: "Saksikan olehmu bahwa aku telah memberi pada kawan ini satu pohon kurmaku yang condong dahannya di rumah si Fulan ditukar dengan empatpuluh pohon kurma", lalu ia bertanya "Bagaimana keteranganmu?"
Jawabnya "Ya, aku rela"

Kemudian orang itu datang kepada Nabi saw. dan berkata: "Ya Rasulullah pohon kurma itu sudah menjadi milikku dan sekarang aku serahkan kepadamu".
Maka Rasulullah saw. segera pergi ke rumah orang miskin itu dan bersabda kepadanya: "Pohon kurma itu untukmu dan anak keluaraga mu".

Ibn Abbas berkata maka turunlah ayat 5 -10 surah al-lail:

Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),[5]

Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,[6]

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).[7]

Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,[8]

Serta ia mendustakan perkara yang baik,[9]

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan [10]


wallahu a'lam.


aku ingin sepohon kurma di syurga...

Thursday, 27 May 2010

yet not alone...




so im here again.. just to post a picture of my bestpa (vespa) in the rain.. rasa sayu pulak.. soon i will leave him in manipal. nanti kita mandi hujan sama2 :)

Wednesday, 22 July 2009

Saved by the Doc

I was looking for chelsea vs inter highlight on youtube, but i found this:


...............................................wtf..................................
wahahahaha. sure bengang gile team merah tu..
that was dutch team NEC Nijmegen (from first league) who played against amateurs (the medic was from the amateurs; it was 1-1 and the last minute, so that's why he saved it)

know what? the red team still won 2-1, by the end of the game they managed to score 1 more goal. hahaha

they say medic saves lives, but I say this medic save a goal. lol

Monday, 13 July 2009

hujan lenjun, basah lebat

hohoho... aku terasa nak demam arini.. smlm aku batuk2. ni semua kurkure arep punya pasal. tapi aku abiskan jugak. haha

kelas arini kurasakan bosan yg amat sbb tak boleh tumpu.. abis kelas td terus aku jumpa pomen suruh dia betulkan timing motor aku. pastu aku call owner rumah sbb dia kata nk blikan aku kerusi n sofa, dari minggu lepas lagi.. maka arini barulah dia tunaikan janji2 manis dia tu..

aku naik motor encik subash ni g udupi. tetibe hujan turun.. makin lama makin lebat sampai dia terpaksa stop kat tepi jalan. dalam hatii aku kata baikla baik auto. aku dahla pakai raincoat je. seluar takde, sbb kene kencing dgn anjing yg melepak umah aku siang malam.. huuu

tak lama pastu ok la sket ujan. boleh la gerak, tapi tetibe motor dia wat hal plak. tak leh nak start. dia kata abis minyak kot. pulak dah. last2 terpaksala kitorg naik auto..haha.

aku berjaya pilih kerusi study yg mantap. yes! tapi sofa dia pilih. dia bli yg baru, tapi yela, negara tempe, stail tempe, sofa yg tahun 80an kat malaysia dulu.. alahai jadilah.. 7k rupee mamat tu abis bli perabot tu.. alah pakai duit deposit aku jugak.. oohh tak sabarnya nak masuk rumah baru.. lagi tak sabar nak tgu org rumah comey datang.^_^

esok sampai la kot mendalah tu. blk auto tu anta aku ke manipal. nasib baik tuan rumah aku yg byr, aku tak bwk duit langsung. haha. pas aku amik moto,aku pun blk umah.. tapi lagi 200m nak sampai umah moto aku plak wat hal. tade minyak haha. terpaksalah aku tolak. dah la time tu ada Reem. dia senyum je tgk aku.. dah le sejuk.. batuk2.. aku tanak demam... lapar pun ada.

p/s: -lain kali basuh awal2 seluar ujan
-cek dulu minyak moto
-jgn makan kurkure arep

Friday, 26 June 2009

akhirnya...

setelah berkurun lamanya.. akhirnya skin blog ni tertukar jugak akhirnya.. haha.
aku tak pandai wat sendiri.. template asyik sama je.. buhsan sungguh! last kali aku balun je la..

sempena bulan rejab ni.. aku pilih kaler putih. semoga hati aku n korg2 semua semakin putih..
jom puasa jom!

pantun untuk korg:

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Hari ini hari jumaat
Hari esok hari sabtu
Sekarang ni aku dah terlambat
Aku chow dulu!

p/s: selamat berejab semua!


Monday, 22 June 2009

10 things about me + 5 of him..(edited)

ditag oleh fariz kururu..
tentang dia:
1) Arsenal fan. ala, team yg lama tak menang tu.. :P
2) pengumpul teman wanita jersey bola
3) terrer math
4) adik ipar yg mcm kawan je..
5) pengapit aku time kawin

gambar kitorg

1o perkara tentang aku..

1. Aku dah kahwin. ^_^
2. Aku ratah ayam guna gigi je. bibir tak kacau.. aku rasa tak selesa bile ayam tu kena bibir.
3. Aku muntah setiap pagi. time gosok gigi. tapi bunyi uwek jela..
4. Suara aku kecik. mak cakap macam mak cik, wife aku ckp macam david beckham. wooo!
5. Aku penah tumbuk org sampai tulang dia retak.. ingat nk bagi dia cuak je..huhu
6. Bila aku cakap or cerita, aku selalu tambah sound effect. baru mengancam. hahaha!
7. Aku makan banyak.. tapi tak gemok2 jugak..
8. Aku suka kritik makanan.. bukan kutuk ok? tapi aku bedal je.. macam la pandai masak sgt..
9. Aku tak pernah merokok. skali pun tak penah. shishar pun tak reti nak eja.. mcm ni ek? balun.
10. Aku suka isteri aku lebih daripada aku suka bola. betul...

aku tag: wazien, acap hot, Q, falih, hadi tank.