Sunday, 30 May 2010

sepohon kurma di syurga

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Abbas ra berkata: Ada seorang mempunyai kebun kurma, dan ada pohon kurma yang dahannya condong ke rumah orang miskin yang ada di samping kebun itu sedang orang miskin banyak anaknya, maka bila tiba yang punya kebun itu langsung masuk ke rumahnya untuk memungut buah kurma yang jatuh di rumah itu, dan ada jika diambil oleh anak-anak orang miskin langsung dirampas bahkan jika telah dimakan dimasukkan tangannya ke dalam mulut anak untuk mengeluarkan sebiji kurma yang akan ditelannya.

Maka pergilah orang miskin itu mengadu kepada Nabi saw. dan memberitakan perbuatan pemilik kebun. Maka Nabi saw. bersabda kepada si miskin: "Kembalilah anda", dan Nabi saw. pergi menemui pemilik kebun itu, lalu berkata kepadanya: "Berikan kepadaku pohon kurmamu yang cabangnya di rumah si fulan itu, dan untuk gantinya aku jamin bagimu pohon kurma dalam surga".

Jawab orang itu: "Engkau telah memberikan imbalannya tetapi aku sangat sayang karena buahnya sangat baik, bahkan aku mempunyai banyak pohon tidak ada satu pun yang buahnya menyamai pohon itu".

Maka ditinggal oleh Nabi saw. karena orangnya tidak mahu memberikan kepadanya meskipun ditawar dengan pohon kurma di surga Ketika Nabi saw. kembali diikuti oleh orang yang mendengarkan percakapan Nabi saw. dengan pemilik kebun kurma, lalu bertanya "Ya Rasulullah jika aku dapat mengambil pohon kurma itu lalu aku serahkan kepadamu, apakah kau dapat menjamin untukku satu pohon kurma di surga?". jawab Nabi saw.: "Ya"

Maka orang ini langsung pergi menemui pemilik kebun kurma itu. Tiba-tiba-pemilik kebun itu berkata: "Saya ditawari oleh Muhammad saw. pohon kurmaku yang condong dahannya ke rumah orang yang di sebelahnya itu akan ditukar dengan pohon kurma di surga, lalu saya Jawab: Kau telah menawarkan kepadaku itu, tapi saya masih sayang karena buahnya yang istimewa". Maka menanya orang yang datang itu, "mungkin anda akan menjualnya"? jawabnya: "Tidak kecuali saya diberi sesuatu, tapi saya kira tidak mungkin aku akan mendapatkannya".

Maka ditanya oleh orang itu "Apakah yang anda minta?" jawabnya "Empat puluh pohon kurma". Maka dikatakan oleh kawannya: "Luar biasa permintaanmu, satu pohon minta ganti empat puluh pohon".Kemudian diam keduanya tidak bicara sejenak, lalu berkata kawannya:"Saya akan memberi padamu empat puluh pohon".

Berkata pemilik pohon: "Jika anda benar akan menukarnya dengan empat puluh pohon mari cari saksi", maka ia pergi memanggil beberapa orang lalu berkata kepada mereka: "Saksikan olehmu bahwa aku telah memberi pada kawan ini satu pohon kurmaku yang condong dahannya di rumah si Fulan ditukar dengan empatpuluh pohon kurma", lalu ia bertanya "Bagaimana keteranganmu?"
Jawabnya "Ya, aku rela"

Kemudian orang itu datang kepada Nabi saw. dan berkata: "Ya Rasulullah pohon kurma itu sudah menjadi milikku dan sekarang aku serahkan kepadamu".
Maka Rasulullah saw. segera pergi ke rumah orang miskin itu dan bersabda kepadanya: "Pohon kurma itu untukmu dan anak keluaraga mu".

Ibn Abbas berkata maka turunlah ayat 5 -10 surah al-lail:

Adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),[5]

Serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik,[6]

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (Syurga).[7]

Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,[8]

Serta ia mendustakan perkara yang baik,[9]

Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan [10]


wallahu a'lam.


aku ingin sepohon kurma di syurga...

Thursday, 27 May 2010

yet not alone...




so im here again.. just to post a picture of my bestpa (vespa) in the rain.. rasa sayu pulak.. soon i will leave him in manipal. nanti kita mandi hujan sama2 :)

Wednesday, 22 July 2009

Saved by the Doc

I was looking for chelsea vs inter highlight on youtube, but i found this:


...............................................wtf..................................
wahahahaha. sure bengang gile team merah tu..
that was dutch team NEC Nijmegen (from first league) who played against amateurs (the medic was from the amateurs; it was 1-1 and the last minute, so that's why he saved it)

know what? the red team still won 2-1, by the end of the game they managed to score 1 more goal. hahaha

they say medic saves lives, but I say this medic save a goal. lol

Monday, 13 July 2009

hujan lenjun, basah lebat

hohoho... aku terasa nak demam arini.. smlm aku batuk2. ni semua kurkure arep punya pasal. tapi aku abiskan jugak. haha

kelas arini kurasakan bosan yg amat sbb tak boleh tumpu.. abis kelas td terus aku jumpa pomen suruh dia betulkan timing motor aku. pastu aku call owner rumah sbb dia kata nk blikan aku kerusi n sofa, dari minggu lepas lagi.. maka arini barulah dia tunaikan janji2 manis dia tu..

aku naik motor encik subash ni g udupi. tetibe hujan turun.. makin lama makin lebat sampai dia terpaksa stop kat tepi jalan. dalam hatii aku kata baikla baik auto. aku dahla pakai raincoat je. seluar takde, sbb kene kencing dgn anjing yg melepak umah aku siang malam.. huuu

tak lama pastu ok la sket ujan. boleh la gerak, tapi tetibe motor dia wat hal plak. tak leh nak start. dia kata abis minyak kot. pulak dah. last2 terpaksala kitorg naik auto..haha.

aku berjaya pilih kerusi study yg mantap. yes! tapi sofa dia pilih. dia bli yg baru, tapi yela, negara tempe, stail tempe, sofa yg tahun 80an kat malaysia dulu.. alahai jadilah.. 7k rupee mamat tu abis bli perabot tu.. alah pakai duit deposit aku jugak.. oohh tak sabarnya nak masuk rumah baru.. lagi tak sabar nak tgu org rumah comey datang.^_^

esok sampai la kot mendalah tu. blk auto tu anta aku ke manipal. nasib baik tuan rumah aku yg byr, aku tak bwk duit langsung. haha. pas aku amik moto,aku pun blk umah.. tapi lagi 200m nak sampai umah moto aku plak wat hal. tade minyak haha. terpaksalah aku tolak. dah la time tu ada Reem. dia senyum je tgk aku.. dah le sejuk.. batuk2.. aku tanak demam... lapar pun ada.

p/s: -lain kali basuh awal2 seluar ujan
-cek dulu minyak moto
-jgn makan kurkure arep

Friday, 26 June 2009

akhirnya...

setelah berkurun lamanya.. akhirnya skin blog ni tertukar jugak akhirnya.. haha.
aku tak pandai wat sendiri.. template asyik sama je.. buhsan sungguh! last kali aku balun je la..

sempena bulan rejab ni.. aku pilih kaler putih. semoga hati aku n korg2 semua semakin putih..
jom puasa jom!

pantun untuk korg:

Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga

Hari ini hari jumaat
Hari esok hari sabtu
Sekarang ni aku dah terlambat
Aku chow dulu!

p/s: selamat berejab semua!


Monday, 22 June 2009

10 things about me + 5 of him..(edited)

ditag oleh fariz kururu..
tentang dia:
1) Arsenal fan. ala, team yg lama tak menang tu.. :P
2) pengumpul teman wanita jersey bola
3) terrer math
4) adik ipar yg mcm kawan je..
5) pengapit aku time kawin

gambar kitorg

1o perkara tentang aku..

1. Aku dah kahwin. ^_^
2. Aku ratah ayam guna gigi je. bibir tak kacau.. aku rasa tak selesa bile ayam tu kena bibir.
3. Aku muntah setiap pagi. time gosok gigi. tapi bunyi uwek jela..
4. Suara aku kecik. mak cakap macam mak cik, wife aku ckp macam david beckham. wooo!
5. Aku penah tumbuk org sampai tulang dia retak.. ingat nk bagi dia cuak je..huhu
6. Bila aku cakap or cerita, aku selalu tambah sound effect. baru mengancam. hahaha!
7. Aku makan banyak.. tapi tak gemok2 jugak..
8. Aku suka kritik makanan.. bukan kutuk ok? tapi aku bedal je.. macam la pandai masak sgt..
9. Aku tak pernah merokok. skali pun tak penah. shishar pun tak reti nak eja.. mcm ni ek? balun.
10. Aku suka isteri aku lebih daripada aku suka bola. betul...

aku tag: wazien, acap hot, Q, falih, hadi tank.


Saturday, 30 May 2009

2+2=5

aku tak boleh tido pulak. tadi bukan main ngantuk lagi.. exam next week byk gile nk baca. esok aku ada forum pulak. aku tak prepare pape langsung. tapi nape tak cuak ni.. aku perlukan kecuakan untuk tumpu n boleh study non stop ni.. aku cuba belek2 past year question di malam yg hening ni. sambil aku main2 kuiz kat facebook ni.

aku try wat kuiz radiohead ni.. yeye..aku ustad rock yg dgr lagu metallica and radiohead ok? korg je tataw..(but she knows me well). so, ni resultnye:

Khalis took the What Radiohead Song describes you best? quiz and the result is 2+2=5

aku ingatkan aku dapat paranoid anroid. sbb aku tetibe plak rasa lagu tu masyuk habis. aku cuba sedaya upaya jwb bg dapat lagu tu, tapi dapat lagu ni plak..haha. ok la kn? kn? err..ke tak ok?

pas tgk video ni aku rasa best plak lagu ni..radiohead mmg suke wat lagu pelik2 haha. 2+2=5 ni sebenarnya ada ditulis oleh George Orwell dalam buku dia Nineteen Eighty-Four. ada org kata ni macam agenda komunis utk ubah pemikiran rakyat. ada kata, ni satu bentuk penindasan/torture utk bg kita terima satu teori@penyataan yg salah. kalau bg aku, ni macam kita umat islam, yg tertipu dgn agenda musuh2 kita. benda yg kita tau salah, tapi kita terpaksa or tak boleh lari or mmg dah seronok sgt buat. yg akhirnya benda tu akan melemahkan diri kita sendiri. nabi kata, kita akan ikut dorg ni sampai masuk dlm lubang biawak. padahal kita tau bahaya lubang biawak ni..




tgk video ni, babi tu sekor je, kemain byk lembu tapi takut dgn babi sekor. padahal lembu ada tanduk. tapi semua takut.. tatawla kalau babi ni ada virus H1N1 pulak kan? macam biasa dgr je ramai tapi takut/lemah/kalah.. bukan ni ke?--->nabi kata, umat islam ni byk, tapi mcm buih di lautan... sedihkan?

tapi ada org kata, 2+2=5 ni utk tanak bagi kita objektif sgt.. kalau dlm pharmac pun, ada istilah synergism and antagonism. 2 ubat bile gabung boleh bg effect baik punya, kadang2 gabung 2 boleh jadi takde effect or increase A/E plak..

fikirkan...