Friday, 24 June 2011

Burung Kecil

Si burung kecil
melihat
manis sungguh senyum itu.
Pencuri hatinya
tak pulangkan balik. Jangan!
biarkan dekat dengan hatimu
kerna di situ tempat
tinggalnya.


Malamnya gusar
siangnya resah
yang dinanti tak kunjung tiba
dua di puncak,
satu di melaka.
SMS diterima menguntum mekar
senyuman dari bibirnya
Ah, biarlah mereka kata
dia gila
untuk sekadar
"miss" call hatinya
sudah berbunga-bunga.
Hujung minggu
lebih dinantinya.


Burung kecil merindu
bulan menunggu,
purnama gerhana
burung kecil terlena,
dalam mimpi bercanda mesra.
Jauh mata
cukup terasa
jauh hati
janganlah dinda.
kanda kan bak berkelana
bila dinda tiada
kanda tak bermaya.


Bisik burung kecil;
kanda
sentiasa ada dalam
duka, dalam
suka.
Kita dengan dunia kita
yang kecil
semakin membesar.
Dahulu berdua
kini bertiga.
Kita
bergelak ketawa
bergurau senda
mengadu domba
berkongsi semangat
bertukar cerita,
manis cinta
dan
pedih rindu
melalui sayap kecil
melalui mata
melalui senyum
melalui "instinct"
biar semua tahu
cerita cinta kita.


Siangnya jadi ceria
biar malam sudah menjelma
begitu jua sebaliknya.
Harapan besar si burung kecil
ingin terbang bersama ke syurga.
Percayalah,
keranamu baginya
terlalu istimewa.


puisi buat isteri tercinta, my bestfriend, my soulmate, my gerahamate :p

Nombor Dua

Awal pagi lagi
dia keluar
mencari bekalan.
Matanya yang redup
terasa
resahnya
gelisahnya.
Semalam tak tidur
barangkali, kerana
satu sayap
kesayangannya
patah.


Dunia itu
cukup jauh,
asing
tembok batu
tinggi
pagar besi
berduri.
Pintu automatik itu terbuka.
Dalam jadi diam
luar jadi sunyi.
Kaca, telefon, kipas, kerusi batu
semua jadi saksi
sebak dada
pilu hati.
Terasa lega.

Kubertanya;
apakah
dosa terkurung?
salah terhukum?
sesal dikurnia?
taubat dipinta?
kutinggalkan sebelum tiba
pintu automatik itu tertutup.


Flat satu bilik
ke rumah dua tingkat,
video "Independence Day"
kegemaran,
permainan "Contra"
kita habiskan,
Wajah yang ceria bercerita
janggal sungguh. Oh!
kuketap bibir
kupanjatkan doa.