Friday 24 June 2011

Nombor Dua

Awal pagi lagi
dia keluar
mencari bekalan.
Matanya yang redup
terasa
resahnya
gelisahnya.
Semalam tak tidur
barangkali, kerana
satu sayap
kesayangannya
patah.


Dunia itu
cukup jauh,
asing
tembok batu
tinggi
pagar besi
berduri.
Pintu automatik itu terbuka.
Dalam jadi diam
luar jadi sunyi.
Kaca, telefon, kipas, kerusi batu
semua jadi saksi
sebak dada
pilu hati.
Terasa lega.

Kubertanya;
apakah
dosa terkurung?
salah terhukum?
sesal dikurnia?
taubat dipinta?
kutinggalkan sebelum tiba
pintu automatik itu tertutup.


Flat satu bilik
ke rumah dua tingkat,
video "Independence Day"
kegemaran,
permainan "Contra"
kita habiskan,
Wajah yang ceria bercerita
janggal sungguh. Oh!
kuketap bibir
kupanjatkan doa.

No comments: