Tuesday, 23 August 2011

from the very first i saw her, i knew i would marry this girl.


from the very first i saw her, i knew i would marry this girl.

oh masa berlalu cukup pantas, hujan panas, kering lembap, kejap chelsea menang kejap manU, kadang kat msia kadang kat india. sedar2 dah 6 tahun dah aku kenal insan yg cukup istimewa di hati aku ni. mcm ada chemistry, mcm gulai kari yg ada segala ramuan n cukup bahan + sedap gile, mcm tu la kitorg bila mula2 jumpa kat Klia. aku cukup excited, bukan sbb nak hantar org, tp sbb nak jumpa kekasih hati yg belum lagi bertemu sebelum ni.

ngorat punya ngorat, mak aih susah oo nak ngorat cik lawyer kita ni.. punya la byk org syok kat dia, tapi aku tak ngalah, aku tau aku nk dia jugak, aku tau dia sorg je yg boleh aku cintai.. bukan sekadar makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena je.. ni tahap kalau bom nuclear meletop pun cinta aku tetap padanya.

aku tau yg aku ni takde pape, muka tak hensem, perangai tak baik, duit pun takde, pandai pun idak, nk bandingkan si dia yg perfect tu. oh bagi aku dia lah insan yg paling cantik, penyayang, best, kelakar. tapi aku usaha jugak sehabis baik. even dah berjaya ngorat pun ada je lg org yg sibuk2 nk kacau dia. geram betul aku. sbb tu b4 aku g india, aku paksa jugak family aku soh g meminang dia. yay! at least bertunang, aku cop dah dia. ikut hati mmg nk nikah terus je. tak sabo! :p

lama sangat aku kenal dia. aku cukup kenal dia. bila dia merajuk bila aku main bola, bila aku selalu abaikan dia.. dah la aku ni jenis yg tak tau mcm mana nk pujuk. setiap kali aku cakap untuk pujuk, mesti akan jadi lagi teruk. mcm simbah lagi minyak atas api. macam tikus nak baiki labu. aku tau kalau aku ada kat situ, aku nak peluk cukup2. aku nk dia tau yg aku syg sgt kat dia. sorg je.

byk sgt kenangan manis aku dgn dia. mcm2 tempat kitorg pergi, mcm2 program kitorg buat, mcm2 perasaan kitorg share, even gaduh pasal politik, umno, pkr, dsai, US, WW1, WW2, semua boleh bwk bincang. aku senang dgn dia, dia senang dgn aku. tak bosan langsung. even pasal bola pun kitorg bleh gurau senda, gaduh2. oh dia liverpool, aku chelsea. aku tau aku buat keputusan yg betul, perfect. 100% sure, mmg dia lah cinta aku yg aku cari2 selama ni. aku kumpul duit, kat india, abis 1st year terus aku kawin. takmo tggu lama2 dah. :D tapi terpaksa berpisah kejap sbb aku kene sambung blaja. aku kumpul lak duit supaya dia boleh dtg n duduk dgn aku.

oh, dekat india, saat yg plg best ialah bila nmpk wajah isteri tersayang kat airpot india tu. 1st time aku rasa india ni best. aku rasa msia mesti tak best time tu sbb dia dah dtg kat sini. aku ingat lagi perjalanan 1st naik train yg lama tu, hujan lebat naik teksi dari udupi ke manipal, rasa bahagia sgt. sbb sampai kat rumah 1st kitorg, Anirudh Apartment. kecik je. satu bilik, satu bilik air. dah la letrik selalu takde..tv susah nak idop, fridge petak yg kdg2 rosak. mcm2 tapi tu la rumah yg perfect bagi aku n dia. kita bahagia sgt. tgh hari tak sabar sgt nk blk jumpa dia, mkn masakan dia yg sedap, selalu aku buat kwn2 aku jeles. dorg mkn your choice je hari2. petanng2 aku selalu bwk dia g jogging kat end point, tgk bola, picnic, pastu bwk g manipal store shopping puding, blanja ice cream anjir, dating kat kmc green, tgk org main fireworks, ronda2 dgn vespa merah tu. oh aku rindu hidup yg mcm tu. biarla dgn serba kekurangan, tapi aku rasa bahagia sgt, sbb dia slalu ada disamping aku. aku bwk dia g travel south n north india. berdua je. best sgt tau! romantik gile.

hidup aku tambah bahagia bila dpt tahu wife tersayang pregnant, kemain lagi excited aku. aku yg termuntah2, dia rilek je. wat scan kat sonia clinic tu.. walaupun dia terpaksa blk msia, which aku tak suka sgt.. tapi aku relakan sbb kat msia lagi bagus untuk kesihatan wife aku n anak aku. oh 5 bulan stgh tu lama sgt. hanya skype je la yg bleh.. cantik sgt dia masa pregnant! :P
bila blk, aku masuk melaka pulak. tapi Alhamdulillah aku sempat blk ptg tu utk tgk kelahiran anak sulung aku. anak lelaki ayah. :)

dan harini, hanzalah dah 11 bulan dah. dia sgt aktif, dulu muka baby, skrg dah boy dah. hensem! muka dia mcm ibunya, nasib baik tak mcm aku, kalau tak mesti tak hensem. n dia plg syg kat ibu dia. hey, tak boleh, tu ayah punya lah! hihi gurau je. ayah bg, hanz sorg je. kalau org lain mmg jgn harap la aku bg. sekejap je masa tu berlalu. dari aku yg td jatuh hati je, sampai anak aku dah 11bulan.

7 tahun dah tahun ni. dari 2005. wuiyoooo! tapi aku nk tua sama2 dgn dia, nk tgk hanz n adik2 dia kawin, dapat cucu, cicit, insyaAllah. tapi yg plg aku nk aku nk dia jd bidadari aku dlm syurga nanti. aku tau kau tak layak sgt nk masuk syurga Allah tu. tp aku teringin dia je jd teman aku kat syurga nanti. takyah bidadari lain. aku nk sorg je. aku ni pendosa yg buat dosa di waktu pagi, n minta ampun pada ptg. kemudian aku buat lg dosa mlm tu, n minta bertaubat pg esoknya. aku risau sgt aku ada di jln menuju neraka, tp aku masih mencari signboard ke syurgaNya.

byk cabaran dan godaan antara aku dan dia. aku manusia yg lemah, setan2 betina n jantan ada je rancangan dorg utk bwk aku lari drpd tggjwb, tugas aku sbg hamba, suami n ayah n kawan. aku kdg2 terleka, terbuai dgn nafsu, buat aku jauh menyimpang. tapi Alhamdulillah rahmat Allah dgn sifatNya ar-rahman dan ar-rahim, aku sedar, aku ni cuma pinjam je drpdNya. dia boleh tarik bila2 masa je. dia boleh uji aku yg jarang berdoa ni, yg xbersyukur ni, yg tak sedar diri ni, bila2 masa je dia nak. kesenangan, kebahagiaan, kepandaian bila2 je dia boleh tarik balik. tp Dia sedarkan aku sebelum terlambat. Dia masih sygkan aku. dia bg lagi peluang, pintu keampunan dia sentiasa terbukak. aku je yg tak masuk2, yg jenguk, pegang handle pintu tu pun aku tanak sebelum ni. aku kini melangkah ke pintu tu. aku pegang tangan isteriku, aku dukung anakku. aku bwk mereka sekali menuju pintu rahmat Allah. kdg2 aku rasa dorg dah tggu di sebalik pintu tu dah. aku je yg tak masuk lagi.

aku sayang sgt kat dia, insan pertama dan terakhir yg aku cinta. aku syg sgt apa yg kami bina selama ini. syg sgt family ni. aku akan protect semuanya, drpd sesiapa saja even diri aku. aku kan buat family ni berjaya n bahagia dlm naungan kasih sayang Allah, insyaAllah. ya Allah, kurniakanlah kasih sygmu paga keluarga ini. satukanlah hati2 kami. tanamkan mawaddah wa rahmah di antara kami. masukkan kami dlm syurgaMu. ameen.


ni lah aku, si dia yg tercinta, n anak kami tersyang:

love us forever.

14 comments:

Wadi AR said...

baru terpanggil tuk mengomen. selame ni hanye menjadi silent readers only. mmg sy suke part ni. suke sgt. dan akak tu ade adik kan? zetty, 1 sekola dgn sy. smg bro,akak and hanz berkekalan

Si Matahari said...

wah kak wadi, macamane boleh sampai kat sini. amboi, blog saya taknak komen. mentang2 lah saya punya tak tacing macam ni. haha

bubu, okehh tacing lah ni. saya sebagai adik aka anak angkat korang, doa supaya kekal hingga ke syurga. amin2222 ! lap u hanzo !

amicus curiae said...

huu apakah? mimpi apa dapat hadiah mcm ni :) thank u dear bestfriend, dear soulmate. Semoga kita bertambah bahagia insyaAllah.

(patutpun terbangun dr tidur terngiang-ngiang suara abg kejutkan org sahur..)

ykily.

fieza said...

sweetlah penulis ni. isterinya bertuah dapat lelaki penyayang mcm dia. perempuan yg baik untuk lelaki yg baik, kan?

mr K said...

cyg, mmg abg tulis time sahur pun.. gerak dlm mmpi :P love u!

et a.k.a anak angkat: ameen..thank u! support la kitorg :)

wadi n fieza: thanx

Nikeda said...

Ingat lagi time korang baru2 together dulu. Teringat af salu datang bilik Nik, pastu gayut tepon ckp ngn Kalis smbl golek2 Atas katil orang.. Hehe. Jeles je masa tuh! Neway, I'm really happy for u guys. N Kalis, u better take good care of my dear sister!

HiDa said...

Alhamdulillah, korg one happy family, suka sgt tgk :)

I pray that your family will always be blessed and protected by Allah S.W.T, Insya Allah.

Zackyun said...

Smell of glimpse of heaven!~ both of u guys deserve each other..

ingat lagi aff tanya "yah, sayang khalis tak?"

"sayang!"

(sebagai abang ipar laaa!~) theeheee....

ohana!~ <3

mr K said...

nik: sambil golek2 atas katil? huuuu baru tau! :p insyaAllah sy jg..

hida: thank u!! ameen :)

yah; sayang yah jugak

125ZR said...

Perempuan selalu tak hargai pergorbanan cinta lelaki, sampaikan boleh bagi tanggapan buruk kat lelaki seolah2 laki ni miang la, gatal la, buaya darat la...

padahal laki tu punye la cinta kat sorang jer, cuma dia jarang express cam perempuan..

Complicated la perempuan ni,, selalu rasa diri dia unsecure.. cuba la bersyukur sikit bila laki tu spend banyak masa dengan perempuan. Takkan la tiap kali laki tulis post cam ni takpun buat menda sweet baru nak sayang ? Tapi pengorbanan menda lain yang laki buat tak appreciate lak??

mr K said...

125ZR: huhu not my wife. encik, laki pompuan mmg diciptakan Allah dgn sifat yg berbeza, baru la best dunia ni.. syg tu bukan boleh di dengar je, boleh dilihat, boleh dirasa jugak. sbb tu kene show.. jgn la bila ngorat je lebat.. bila dah dpt, expect org pompuan fhm.. mcm motor 125ZR ko jugak le, bile dah beli, kene la jaga.. tak ke? expect motor tu boleh mantap je? mmm.. kita pun tak perfect..

Anonymous said...

romantic dgn wife kan sunnah nabi :)

she must be proud of you for being so brave in sharing ur feelings. a feat not everyone can do.semoga terus istiqomah :)

farhana

mr K said...

farhana: i wrote this post because im very proud of her, n of cos bcos i love her so much.

dhuat79 said...

Inspired! Gubboi punya bapa dan ibu yang sangat penyayang...