Friday, 27 June 2008

Nyanyian angin

Jiwa raga terpaksa kuserahkan
kepada asap, wap dan kabus
Yang ku kumpulkan dengan suatu tenaga akhir
Dengarkanlah nyanyian sepi ini
Kerana mentari terlampau cemburu
Dengan kehadiranku

Hidup ini akhirnya berhajatkan perpisahan
Kerana kekeidlanmu sebagai insan
Balada demi balada kau pun tahu
Seorang anak muda yang benar-benar jujur
Sering dipersendakan umur
Kasih sayang orang tua yang tetap tidak
luntur
Kekandang memperagakan mereka sebagai
diktator
Jika kau merasakan hidup ini seperti ulat
yang rindukan kebebasan
Ingatlah sayap kekupumu telah patah
disaat kau menerima secara sukarela
kelembutan sutera

Jika awan terlampau berat
untuk bumbung rumahnmu
Panggilah angin, serulah bumi,
nanti kau akan rasakan
kemanisan hidup menabur budi
Tapi ingatlah tanah yang kontang
kekadang lebih elok dibiarkan kontang
kerana sini juga membutuhkan keadailan

Berbicalah, jangan mendakwa
kerana nilaimu masih di neraca
kerana hidup adalah kemewahan pemberian
Bertelitilah dalam sedekahmu
tapi kau harus berani mencabar
walaupun itu bermakna kau harus membakar
secebis surat cinta
kerana Tuhan lebih dekat
dari urat batang lehermu

Aku datang kepadamu
Dari suatu perjalanan berdebu
Dimana senyuman terpaksa ku kumpulkan
Dari asap, wap dan kabus
dengarkanlah nyanyian sepi ini seketika
kerana aku terlampau cemburu
akan ketibaan senja

~dipetik dalam novel memeluk gerhana-isa
kamar i~

1 comment:

amicus curiae said...

sayu sgt puisi ni..1st time baca,mengalir gak air mata...cerita psl org yg kena tekanan politik yg stage by stage akan buta....

isa kamari mmg best..g bagus dr f tehrani yg belagak bagus.. =D (yah jgn marah kutuk penulis fevret)